MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....
Showing posts with label CAT SHOWS. Show all posts
Showing posts with label CAT SHOWS. Show all posts

Monday, April 16, 2012

SPCA / SPECTRUM MALL HHP Cat Show



Pendaftaran sangat-sangat menggalakkan! Cepat2!! register sebelum terlambat! dan kehabisan tempat!

LETS MEET AGAIN!
Title Show : SPCA / SPECTRUM MAL Malaysia HHP Cat Show
Date : 26 May, 2012 (Saturday)
Venue : Spectrum Shopping Mall, Bandar Baru Ampang
Show Type : 2 Rings
Limit Entry : 90 cats

Kategori :-
1. Male Longhair
2. Male Shorthair
3. Female Longhair
4. Female Shorthair
5. Male Kitten Longhair
6. Female kitten Longhair
7. Kitten Shorthair
8. Neuter Longhair
9. Neuter Shorthair

How to register :-
Email the following details to entryshow@yahoo.com before / on 19th May, 2012
1. Owner's Name and Telephone No
2. Cat(s) Name, Sex, Age (Anggaran pun boleh), Longhair / Shorthair

Syarat Kemasukan :-
1. Sihat - Tiada demam. selsema, sakit kulit, ada fungus, sakit mata, moyok
2. Bersih - Tiada bulu bersimpul, kotor, di warnakan, dibedak berlebihan
3. Tidak kurang umur 3 bulan
4. Di vaksin sekurang2nya seminggu sebelum dan tidak lebih setahun dari tarikh show - Sila bawa kad vaksin yang sah sebagai bukti. Tiada kad vaksin akan mengakibatkan penyertaan anda ditolak
5. Jinak - Tidak garang, tidak dalam status mengawan, tidak bunting, tidak sedang menyusukan anak
JANTINA : Kucing dimandulkan, jantina kucing harus ditulis sebagai NEUTER

Large Show poster : Click here --- http://imageshack.us/photo/my-images/35/showposter.jpg/

Sunday, January 8, 2012

2012 Malaysia HHP Cat Show


Salam sejahtera. Pakcu will organise 2012 Malaysia HHP Cat Show pada 12 Feb, 2012 di South City Plaza. Sila click kat poster for further details. Marilah kita sama-sama memeriahkan show ini dan mengeratkan persahabatan sesama kita yang menyayangi haiwan bernama Kucing. Terimakasih kawan-kawan kerana menyokong show pakcu ni.

Saturday, January 29, 2011

IT'S SHOWTIME!!!


Monday, October 18, 2010

2nd HHP National Cat Show, 19 Dec 2010

Salam to All!

Back by popular demand!

We are proud to announce our 2nd HHP Show will be held on the 19th December, 2010. Details as in the attached poster.

And, we are also proud to announce that this show will be a 3 rings show, judged by Two Fife Judge and One CFA Judge. Thus, the entrance fees will be a little bit higher compared to the previous shows, due to the increased of Judging cost and quantity of prizes.

For those who missed our previous shows, now is the time for you all to be proud of your HHP cats, by showing them in this show, and at the same time getting new friends and knowledges and enjoy the show.

Therefore, we would like to invite All of You to come and take part in this show, and be proud of your HHP cats.



Categories of Show :-

Adult (9 months and above)
1. Male Long Hair
2. Male Short Hair
3. Female Long Hair
4. Female Short Hair

Neuter / Spay
5. Long Hair
6. Short Hair

Kitten (3 - 9 months)
7. Male Long Hair
8. Male Short Hair
9. Female Long Hair
10. Female Short Hair

Monday, September 20, 2010

Great News!





GREAT NEWS !
Due to the increase in sponsorship for this show, the organizer has decided to increase the quality and quantity of prizes / entry gift given. With this, we sincerely hope, the show will bring happy, fun, informative and memorable memories to all participants and visitors :-
1. Entry Gift - A Package of food and accessories from Royal Canin and sets of accessories /toys from other sponsors
To each of participated cats
2. Rosettes and sets of accessories
To 1st – 5th Placing Cats for each category in every rings (increased from 1st -3rd placings only)
3. Package of Food from Royal Canin
To 1st – 3rd Placing Cats for each category in every rings
4. Trophies, Rosettes, Package of food from Royal Canin and sets of accessories/toys
To Best Cat in each of 10 Categories
5. Big Trophies,Big Rosettes, Big Package of food from Royal Canin and sets of accessories/toys
To Best Longhair, Best Shorthair, Best Neuter
6. Biggest Trophy, Biggest Rossete, Biggest Package of food from Royal Canin, electrical items and sets of accessories/toys

To Best In Show
Note : The prizes /gift promises is correct at this time. Should we received added sponsors within this two weeks, the quantity and quality of the prizes/gift will definitely be increased.

Again, we the organizer sincerely invites all of you to join this historic cat show and wish all of you Good Luck! And Happy Showing! In Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show.

Wednesday, September 15, 2010

Cat Show Tips....


Sedikit Tips Menyediakan Kucing Anda untuk Cat Show
Pakcu ingin lah berkongsi sedikit panduan tentang cara-cara menyediakan kucing anda bagi menyertai Cat Show. Pakcu pun bukanlah terror sangat, tapi adalah sikit ilmu dan pernah gak lah menang beberapa anugerah dalam Cat Show. So, tips ini sebagai basic lah untuk yang baru-baru nak menceburi Cat Show ini. Bila anda dah banyak kali menyertai Cat Show, tentunya pengalaman dan pengetahuan dah banyak, dan juga akan ramai lagi pakar-pakar yang lebih terror akan membantu anda. So, Go for Cat Show!..
Seelok-eloknya, persediaan untuk kucing yang baru adalah sebulan sebelum Cat Show, tetapi sekiranya kucing anda memang bersih dan tiada apa-apa masalah kesihatan dan sakit kulit, dua minggu persediaan sudah di kira memadai.

Ok, inilah perkara asas menyertai Cat Show :-
1. Pemilihan Kucing
a. Anda boleh pilih kucing apa pun, samada yang bersijil atau tidak, bulu panjang atau pendek, kecil atau pun besar.
b. Berumur mesti lebih tiga bulan.
c. Sihat dan saiz pembesaran yang sesuai.
d. Jinak dan aktif.

e. Tidak cacat anggota.
f. Lengkap rekod vaksin dan perubatannya – kalau tak lengkap, pastikan dalam tempoh sebulan persediaan tu, lengkapkan rekod perubatannya, mana yang belum pernah vaksin, vaksinkan ia selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pertandingan.

2. Persediaan

a. Mandikan kucing dengan shampoo kucing sebaik-baiknya 2 kali seminggu.

b. Buat rawatan de-flea /nyah kutu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
c. Sikat bulu kucing setiap hari, pagi dan petang. http://www.ehow.com/video_2349440_combing-long-haired-cats.html
http://www.ehow.com/video_2349439_brushing-long-haired-cats.html
d. Pastikan kuku kucing pendek/dipotong – lihat teknik yang betul memotong kuku kucing. http://www.ehow.com/video_2349441_clipping-cat-nails.html
e. Bersihkan sekelliling mata dan telinga kucing hingga ke dalam, gunakan cotton bud.
http://www.ehow.com/video_2349438_cleaning-cat-ears.html
http://www.ehow.com/video_2349437_cleaning-cat-eyes.html
f. Kurungkan kucing selalu di dalam rumah atau dalam sangkar yang besar – jangan sesekali lepaskan ia bermain di luar rumah – untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit dan dari terluka bergaduh dengan kucing di luar – kalau berpenyakit atau terluka mengambil masa yang lama untuk sembuh.
g. Biasakan kucing dengan permainan dan orang luar.
h. Selalu manjakan dan belai-belai kucing.


Sehari Sebelum Cat Show :-
1. Pastikan kad vaksin dan sijil kucing (kucing pedigree) telah disimpan dengan baik untuk dibawa esoknya. Kegagalan membawa kad vaksin akan menyebabkan penyertaan anda ditolak.
2. Bersihkan kucing sebersih-bersihnya pada hari tersebut, dan pastikan tiada kutu atau fungus di semua bahagian kucing.
3. Pastikan kuku kucing pendek dan telinga bersih.
4. Kurungkan kucing di dalam bilik atau sangkar yang besar.
5. Puasakan kucing dari makan-minum mulai jam 11 malam sebelum hari Cat Show (kurungkan kucing bersama pasir/litter box) – untuk mengelakkan kucing dari membuang najis dan air semasa cat show. Kalau ini terjadi, akan menyebabkan kucing kotor dan berbau, dan markah kebersihan akan dipotong.
6. Pastikan sikat, sedikit permainan, alas sangkar telah disimpan di satu tempat, untuk dibawa keesokan harinya.
7. Pastikan carrier kucing dibersihkan dan ditanda nama anda.
8. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada malam tersebut.

Hari Cat Show
Selalunya, Cat Show bermula dari pukul 10 pagi hingga jam 6 petang. Bagaimanapun, semua perserta dikehendaki hadir di dewan Cat Show selewat-lewatnya jam 8.30 pagi. Kelewatan akan menyebabkan penyertaan anda akan dibatalkan.
1. Bangun awal pagi. Selalunya peserta dikehendaki mendaftarkan kucing sebelum jam 8.30 pagi.
2. Pastikan kad vaksin dan segala peralatan yang perlu dibawa, telah dimasukkan dalam kereta.
3. Jangan tunjukkan kelam kabut anda atau meninggikan suara anda didepan kucing yang akan menyertai Cat Show. Ini untuk mengelakkan kucing dari stress atau panik. Seeloknya, bercakaplah dengan nada lembut pada kucing tersebut, untuk menghilangkan ketakutan dan panik kucing.
4. Bergerak awal ke Cat Show.
5. Sesampainya di sana, teruslah mendaftarkan kucing anda. Kepada yang membawa kucing pedigree, serahkan sijil tersebut pada Entry Clerk semasa pendaftaran.
6. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa oleh Vet bertugas, cubalah belai-belai kucing anda, bersihkan apa yang patut. Jangan sesekali tinggalkan kucing anda terutama kepada yang 1st timer.
7. Bertegur sapa lah dengan peserta lain dan jangan malu. Cuba jangan duduk bersendirian di satu tempat.
8. Bila giliran kucing anda untuk diperiksa oleh Vet sampai, pastikan kad vaksin kucing tersebut ada bersama anda dan diserahkan kepada Vet yang bertugas.
9. Setelah lulus pemeriksaan Vet, pastikan sekali lagi kucing anda dibersihkan dan letakkan di sangkar yang telah ditetapkan, mengikut kepada nombor sangkar yang diberikan.
10. Pastikan sangkar tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu dan alas sangkar diletakkan.
11. Setelah semua selesai, bolehlah anda berjalan-jalan dan berkenalan dengan semua perserta.

Semasa Cat Show Sedang Berjalan
1. Sentiasalah duduk dekat dengan kucing anda – untuk mengelakkan kucing anda dari stress atau takut.
2. Sentiasa ramah dan tersenyum – terutama bila ada pengunjung bertanya anda mengenai kucing anda, dan jawablah setakat mana yang anda mampu.
3. Jangan sesekali komen atau kritik kucing-kucing lain.
4. Anda tidak dibenarkan untuk memberi kucing anda makan/minum semasa show sedang berjalan.


5. Jangan sesekali marah atau menunjukkan muka garang anda, sekiranya kedapatan pengunjung yang berkasar dengan kucing anda, sebaliknya tegurlah mereka dengan cara baik.
6. Sentiasa peka dengan pengumuman semasa Cat Show, sekiranya nombor sangkar kucing anda dipanggil, cepat-cepatlah bawa untuk pengadilan.
7. Sesetengah pengadil akan bertanya kepada anda tentang kucing anda, maka jawablah dengan riang dan setakat mana yang anda mampu jawab.
8. Sekiranya kucing anda mendapat 1st place untuk kategorinya, bersedialah untuk peringkat seterusnya bagi peringkat keseluruhan pula, dan begitulah seterusnya.
9. Jangan sesekali memberitahu pengadil bahawa itu kucing anda, sekiranya anda tidak dibenarkan membawa kucing anda ke meja pengadilan. Sesetengah penganjur menyediakan steward yang ditugaskan untuk membantu pengadil.
10. Jangan sesekali menunjukkan rasa tidak puas hati anda sekiranya kucing ada gagal memenangi sebarang tempat, sebaliknya menyokong keputusan pengadil.
11. Sentiasa bertanya kepada JawatanKuasa penganjur, untuk sebarang maklumat yang anda perlukan dan berkenalanlah dengan mereka.
12. ENJOY THE SHOW…. DON’T WORRY…. BE HAPPY….

Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show

Salam Aidilfitri Semua!

Ok, time bulan Syawal ni ada Cat Show! Khas untuk non-pedigree sahaja. Maknanya, kucing-kucing bulu panjang or bulu pendek kacukan (mix), kucing-kucing kampong, kucing-kucing yang dikutip... asal sihat dan memenuhi syarat, adalah layak menyertai cat show ni. Hehe... sambil tu boleh lah kita beraya ramai-ramai kat sana!

Ok, ini poster cat show tersebut, beserta dengan peraturannya...

SELAMAT MENCUBA! GOOD LUCK! and BE HAPPY-HAPPY!




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PERATURAN AM :
• Penyertaan mestilah dibuat melalui email dengan menyertakan
butiran penyertaan sebelum tarikh tutup penyertaan
• Pihak AJK tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan
atau kehilangan semasa pertandingan dijalankan.
• Semua penyertaan mestilah kepunyaan sah pemilik
• Tiada haiwan lain dibenarkan berada di kawasan
pertandingan selain dari kucing- kucing penyertaan
• Tidak dibenarkan memberi makanan semasa penghakiman.
• Semua penyertaan perlu dikendalikan oleh steward
bertugas semasa penghakiman dan tuan punya mestilah
merujuk kepada pegawai bertugas sekiranya terdapat
sebarang masalah
• Semua penyertaan tidak boleh di bawa pulang sehingga
tamat pertandingan.
• Kucing hendaklah dibawa dengan carrier/bekas yang
selesa dan sesuai.
• Kucing mestilah dipotong kukunya
• Semua sangkar untuk pertandingan di sediakan oleh
pihak penganjur.
• Jawatankuasa berhak menolak penyertaan tanpa sebarang
alasan.
• Jawatankuasa berhak menolak penyertaan yang tiba lewat
KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD

.
PERATURAN PENYERTAAN :
• Semua penyertaan mestilah berumur 12 minggu ke atas
dan dianggap dewasa jika umur melebihi 10 bulan pada
tarikh pertandingan.
• Semua penyertaan mestilah mempunyai sijil kesihatan
veterinary yang sah dan telah disuntik vaksin Feline Entritis
dan Rhinotrachereitis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum
tarikh pertandingan.
• Semua pernyertaan mestilah menjalani pemeriksaan
veterinary bertugas dan sijil kesihatan hendaklah
diserahkan kepada beliau untuk pengesahan.
• Penyertaan yang mempunyai kutu, pepijat, terlalu kotor
dan didalam keadaan yang kurang menyenangkan atau
diseliakan dengan cara2 yang menyalahi peraturan akan
dibatalkan.

KUCING BERIKUT TIDAK LAYAK DIPERTANDINGKAN :
• Kucing-kucing bersijil FIFE / CFA / TICA
• Kucing tidak bersijil tetapi menunjukkan ciri-ciri kucing
bersijil yang sangat nyata / jelas
• Kucing garang dan agresif
• Monochid—kucing jantan yang mempunyai satu zakar
• Kucing yang dibawah pengaruh ubat pelali.
• Kucing yang di dandan berlebihan seperti diwarnakan /
di bedak berlebihan
• Kucing yang telah hilang anggota
• Kucing yang menunjukkan tanda2 kurang sihat
• Kucing yang mempunyai jari berlebihan / berkurangan
• Kucing yang nyata bunting / menyusukan anak
• Kucing yang mempunyai tanda tanda burut.
• Kucing yang telah di cabut kukunya
• Kucing yang mempunyai bisul yang belum sembuh.

PERATURAN KHAS:
• Semua peserta mestilah melipat sangkar kucing
dan memulangkan kepada tempat yang disediakan setelah
selesai pertandingan.
• Semua peserta juga diingatkan supaya membawa alas
sangkar bagi setiap ekor kucing yang di bawa.
• Semua peserta juga diingatkan supaya membawa
kad vaksin kucing anda. Kegagalan akan menyebabkan
penyertaan dibatalkan

Monday, July 26, 2010

Smart Heart International Cat Show - 25 July, Megamall Melaka

Salam to all readers, bloggers, followers and friends. Rasanya, lama jugak pakcu tak update pasal show-show yang pakcu participate. So, pakcu nak ceriterla pasal show di atas yang diadakan kat Melaka MegaMall Melaka, organise by Kelab kucing Malaysia and Fife.
Show berjalaan dengan meriah, lancar dan sangat teratur. Kudos! to all the ajks and participant yang memberikan commitment yaang sungguh jitu. Kalau ada yang komen sikit-sikit tu adatla... mana ada show yang perfectkan... hehe.

Pakcu bawak 9 ekor anak bulu dan 3 ekor darinya 1st timer... hehe. Yang lain tu dah agak show veteran... hehe..

Ni la bebudak bulu yang Pakcu bawak :

ARGO ARMANI. 1st Place DLH NO, BEST DOMESTIC NEUTER, BEST DOMESTIC IN SHOW. Show veteran nih and paling banyak ceriter. Mungkin kali ni rezeki besar dia... Alhamdulilah. Hadiah berpuluh kilo Smartheart, toys and Cornell 3in1 Vacum Cleaner. Aksyen la tu... sampai marah-marah visitor yang cuba-cuba nak bermanja dengan dia... hehe. Jangan salah faham k... dia tengah stress... lapau! hehehe...

AREN ARENA. 2nd Place DLH NO. Pun show veteran gak tapi lately nih bulu dia tak berapa tip-top, so banyak kali melancong and posing jer. Tapi kali ni menang gak Hehe.. Alhamdulilah. Show temperament dia masih bagus and still playful and manja.

OLIE FUNKY. 1st Place DSH K10, BEST DOMESTIC SHORTHAIR. This is her 2nd time showing. Dulu 1st show dapat jadi BEST DOMESTIC kat Pet World Show Mid Valley. Kali ni bulu dia pun tak berapa tiptop sebab dia ni stress nak kawin dah... huhu. Tak bole nampak kucing jantan, asik nak gaduh jer... malam sebelum show terpaksa asingkan dia dengan kucing lain... huh. Masa show, elok lak temperament dia.. hehe.

CIKUNKUNK. 1st Place DSH NO. Pun selalu gak pakcu bawak show. Alhamdulilah... kutip kat longkang dia ni... hehe.

KELLY SOFAZ KIMURA. 1st Place DSH FO. Pun selalu jugak show budak nih and selalu gak menang. Tapi lately, dia dah semakin gemuk.. mcm obese dah..hehe.. try gak diet tapi macam tak berkesan jer. Nampak gayanya judge tu tak kisah sangat keobesan dier tu... hehe.

FIFA INATO. 1st Place DLH K6. Sorry pakcu langsung tak amik gambo masa show ni. Gambar2 masa show ni pakcu ciplak dari one of my blog follower : Syamsul Azmir... thanks Sam! So si Fifa tu yang color Calico (3 color tu). Fifa ni first time show and temperament dia tak berapa bagus lagi, malu sangat! tak nak pandang judge pun... hehehe.

MIEMIE ANORA. 3rd Place DLH K6. First time show. Sebenarnya budak ni mengganti the real miemie yang tak dapat masuk show sebab tak sihat. Disebabkan pakcu dah bayar and register the real miemie, so pakcu terpaksala ganti dengan budak ni and maintain nama dia yang sangat la glamor tu... hehe. Surprisingly, temperament show dia bagus sangat! playful and tak takut langsung. Judge tu suka sangat tapi sebab dia kecik lagi... so dapat 3rd Place jer... alhamdulilah. And kucing ni sebenarnya kucing customer pakcu yang mintak tolong jual and Alhamdulilah, budak ni telah terjual di Melaka... hehehe.

KATTY SAND BOY. Pergi melancungla kali nih... hehe. Kali ni Judge quite particular dengan ekor dia yang kontot tu... hehe. Tak per la... maybe bukan rezeki dia walaupun dia dah 2 kali dapat jadi Best Domestic dulu... hehehe. Pun rasanya dia ni dah obese sikit... hehe.

NOSIE HAIRA. First time show and show temperament pun tak fully develop lagi. Pemalu and nampak stress. Tak per la... next time cuba lagi... hehe.

Masa collect Best Domestic Award untuk Argo Armani. Yang tengah dukung Argo tu la Naquddin Fakhrie Hassan, my twin bro youngest son. Dia ni time show mesti ikut tapi bukan nak tolong pun... bila show start dia mesti hilang... tau2 masa lunch dia ada.. pas tu ilang balik. Kemudian time petang bila nak amik hadiah... dia adala, sebab dia nak amik hadiah... hehe...

Ok, ni la ceriter pakcu pasal show baru ni. InsyAllah, next show pakcu try update nanti. Thanks to all sebab sudi menapak di sini. Love you All!

Note :
DSH : Domestic Shorthair
DLH : Domestic Longhair
FO : Female Open
NO : Neuter Open
K10 : Kitten 10 months and below
K6 : Kitten 6 months and below

Friday, April 30, 2010

First HHP Cat Show in Malaysia!!

Salam semua...
Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, katanya ada Cat Show khas untuk Non-Pedigree and House Hold Pet Cat awal bulan Julai ni... kalau jadi ler. Organise by one of Non Profit Organisation in KL. Kalau dari cakap-cakap tu, skala besar gak show ni. K, apa-apa update, pakcu akan update kan kat sini.
So, sapa-sapa yang interested, bolehlah dah start prepare kucing-kucing yang ada kat rumah tu. Camana nak prepare? tengok tips cat show dalam blog nih... hehehe.

Cat Show - Melaka Mall, 18 April 2010

Salam Semua..
Dah lama gak Pakcu tak update blog nih... Bukan apa, agak busy sikit and ketandusan idea. Dah pulak tu busy lak dengan Cat Show dua minggu berturut-turut and banyak lak ibu-ibu kucing yang baru beranak... hehehe.

Ok, kali ni nak ceriter lak pasal Cat Show baru ni kat Melaka Mall. Show anjuran Malaysia Cat Club dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka. Walaupun show ini ada campurtangan kerajaan, tapi shownya cuma sederhana besar je. Promo dia pun ala kadar jer dan orang-orang tertentu saja yang dijemput... Hmm.

Ok konsep show adalah Fun Show, dimana semua kucing boleh menyertainya kalau cukup syarat. Samada yang pedigree or non pedigree, semua pukul rata mengikut kepada kategori yang dipertandingkan. So, Pakcu duk bawaklah 7 ekor bebudak... 4 shorthair, 3 longhair.

Kelly Sofaz Kimura (huuhh... nama, tuan dia anak buah pakcu.. dia yg kasi nama) Selalu masuk show and dah 3 kali dapat title Best Non Pedigree.
Oyen Makata... adik beradik Kelly tapi dah neuter, terlampau montel rasanya dia ni. Ni first time bawak dia show.
Littail Mike - nama diberi oleh forumers, disebabkan ekor kontotnya dan badan yang tak mau panjang-panjang... hehe, selalu dah masuk show ni. Dulu pernah dapat jadi Best Overall House Hold Pet kat CFA Show di Amcorp Mall.
Cikunkunk - disurrender oleh kawan Pakcu. Nama dia cikang sempena terjumpanya dia dalam longkang, pas tu pakcu tambah cikunkunk sebab suka tidor kangkang..hehe. Pernah menang gak dpt title Best Overall HHP kat CFA Show The Mall, KL.
Argo Armani. Antara kucing terbesar kat show and kucing pakcu yang paling besar. Ada orang kata dia ni ada darah maine coon... entahler. Selalu show and selalu gak menang. Tahun lepas kat Show di Shah Alam, menang Best Neuter Pet.
Leyra Banting - kembar pakcu jumpa kat Medan Selera Banting. Tak selalu bawak show sebab dia moody and kadang-kadang gigit tangan. Pakcu dah pernah kena, berdarah sampai pakcu sendiri kena inject ubat bisa... huhu. Ada gak menang kecik-kecik dulu nih... no dua and tiga.
Aren Arena.. Ni lah kucing pakcu yang tiap kali show mesti bawak and alhamdulilah, selalu gak menang tapi placing jer la... tak pernah menang Best Categori. Cukup manja and pandai bodek judge... hehe

Ok, show kali ni pulak, tak der placing untuk 2nd and 3rd. Hadiah hanya diberi kepada Johan Kategori sahaja. Mungkin sebab budget tak cukup kut.. hehehe..

Alhamdulilah... antara tu, ada lah dapat jadi Johan 4 kategori.

Kelly - Johan dua kategori. Most Adorable Female, Most Purring Cat.
Oyen - Johan dua kategori. Most Gorgeous Neuter, Most Colorful Cat.

Yang lain2, dapat show jer... hehehe.

K, nanti pakcu update lak show di Sunway Pyramid.

Love you all!!...

Thursday, April 8, 2010

Pakcu and Cat Show.. MCC Cats Fun Show, Melaka Mall 18 April and MCFA International Cat Show, Sunway Pyramid 25 April


Salam semua...
Ok bulan ni pada 18 April, MCC ada buat satu show - Cats Fun Show, di Melaka Mall, Air Keroh. Format dia sama macam Merdeka Fun Show tahun lepas kat Mid Valley. InsyAllah, Pakcu akan masuk and bawak dalam 6-7 ekor kut. So, sapa2 yang nak jumpa Pakcu, leh gi Melaka time tu, leh kita berkenalan dan bersembang panjang... hehe. Lepas tu boleh tengok kucing-kucing Pakcu yang comel-comel... kekeke. And kepada sesiapa yang volunteer tolong Pakcu hari tu, dipersilakan sangat... hehe.

Lepas seminggu, pada 25 April, MCFA pulak buat International Cat Show kat Sunway Pyramid. InsyAllah, Pakcu akan masuk gak. Kepada sesiapa yang ada free, datanglah melawat. Boleh belajar banyak bila pergi cat show macam ni.

Ok, ini antara kucing2 pakcu yang akan di bawak masuk dua-dua show tu. Ada 3-4 ekor lagi tu, nak buat surprise... tak leh tunjuk pic kat sini.. hehe.
Littail Mike. Dulu menang dua anugerah kat Merdeka Cat Fun Show.. Best Cat with Largest Ears. Best Cat with Shortest Tail. hehe...

Argo Armani. Pun dapat dua anugerah masa Merdeka Show. Best Cat in Show for Aee Pet (Sponsor), and 2nd Best Longest Body Cat.

Aren Arena : Pun pemenang dua anugerah. Best Cat In Show for EG (Show Organiser), Best Lyrical Eyes.

Kucing-kucing lain... nak buat surprise. Nak tengok, datang ler masa show tu..hehe

Wednesday, March 24, 2010

Pakcu and Cat Show... CFA Show, Summit USJ - 13 April, 2008

Salam dan Selamat Sejahtera Semuer...
Ok, kali ni pakcu nak cakap pasal CFA show lak. This is my 1st time entering a CFA show. CFA show ni berbeza sikit dari MCC (Fife Show). CFA show ni pada pakcu baru la betul-betul International sebab participants dia dari serata dunia... walaupun tak banyak gak negara...hehe. However, the quality of the cats is excellent! Kalau nak tengok persian yang rated to be among the best in the world, korang kena tengok CFA show macam ni.


Walau bagaimana pun, untuk orang macam pakcu ni yang bawak kucing-kucing biasa, ada jugak dipertandingkan tapi semua dikumpul dalam satu kategori jer, iaitu Household Pet. Tak kira la kitten ker, adult ker, neuter ker, long hair short hair semua dalam satu kategori. Yang seronoknye kategori ni, walaupun kategori ni kucing-kucing mixed or kampong jer, tapi meriah dan di judge oleh pengadil international yang sama.
So sebab ini 1st time masuk, so Pakcu bawakler sekor jer masuk, kucing baru. Shorthair nama nyer Rimba Kencana.

Keputusannya... Alhamdulilah, ada lah dapat placing 2nd n 6th dalam in two out of four rings. 4 rings bermaksud 4 pengadil. N untuk setiap pengadil, dia akan pilih the best 10 HHP. So Rimba dari 4 pengadil tu, ada satu pengadil dpt no 2, satu lg pengadil dpt no 6. Dua pengadil yg lain, Rimba kecundang... hehe.
Rimba Kencana : 2nd and 6th Placing in HHP Category.

Pakcu and Cat Show... MCC International Cat Show, Mid Valley KL - 30 March, 2008

Salam dan Selamat Sejahtera semua...
Lama gak tak update pasal show ni.. hehe.
Ok, kali ni show di Mid Valley, KL. Show kali ni meriah jugak dan ada banyak gak kucing yang masuk. Seperti biasa Pakcu pun ada la bawak empat ekor, yang biasa pakcu bawak.

Keputusannya... Hehe, kali ni cuma ada sekor jer yang dapat placing. Yang lain tu, cuma menang ngiawww jer... hehe.
Argo Armani : 2nd Domestic Neuter Long Hair.

Thursday, March 4, 2010

Pakcu dan Cat Show...MCC International Cat Show, 07 Jan 2008, South City Plaza, Seri Kembangan.

Salam dan selamat Sejahtera semuer...
Ok, hari ni pasal Cat Show pertama tahun 2008. Di anjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia, bertempat di South City Plaza. Plaza tu kalau dari tepi highway boleh nampak, tapi nak masuk tu tak tau. Sesat jugaklah mula-mula tu.
Seperti biasa, show ni satu ring dan kali ni Judge dari Finland kalau tak silap Pakcu ler. Dan kali ni pakcu tak bawak banyak, 2 ekor jer iaitu Raldo dan Argo.

Keputusannya : Alhamdulilah...
Ini lah pertama kali pakcu masuk International Cat Show and menang Best Kategori. Yang lepas-lepas tu. ada lah dapat placing, tapi bila compete for Best Category, semuanyer kecundang... hehe. Tak tau lah apa tuah kali ni, tapi no sangkar Argo tu no 88. Raldo lak, kali ni macam biasa, bagi sokongan moral jer pada adik-adik dia...hehe. Time dia nak menang dah berlalu kut... tak kuat dah aura dia.. hehe.

Argo Armani : 1st Domestic Neuter Longhair, Best Pet Neuter - (Kategori ni dipilih dari semua kucing neuter yang dapat 1st longhair and shorthair, termasuk yang pedigree sekali)... Argo ni temperament dia bagus, tak meragam dan rasanya pandai gak bodek judge...hehe.

Tuesday, March 2, 2010

Pakcu dan Cat Show... MCC International Cat Show, 11 Nov 2007 at Great Eastern Mall , Jalan Ampang , KL.

Salam dan Selamat Sejahtera Semuer..
Ok, kali ni pasal pakcu masuk cat show pada penghujung tahun 2007. Ini Cat Show yaang terakhir MCC organised pada tahun tu, dan seperti dijangkakan, terdapat banyak jugak penyertaan. Tapi sayangnya, crowd yang datang tu tak berapa ramai, mungkin disebabkan tak ramai yang tahu Great Eastern Mall tu, dan tempat tu selalu dikunjungi oleh expatriates yang duk Jalan Ampang tu... hmm.
Apa pun, show kali ni pakcu bawak 3 ekor jer, iaitu Raldo, Argo dan kucing baru kepunyaan kembar pakcu, Aren.

Keputusannya : jeng-jeng-jeng....Alhamdulilah

Aren : 2nd Domestic Neuter Longhair... First timer ni, tapi temperament bagus betul, playful and jinak.

Raldo dan Argo, tak dapat apa, menang ngiaww.... n dapat orang peluk2 jer.. hehe.

Saturday, February 27, 2010

Pakcu dan Cat Show... MCC International Cat Show, 12 August 2007 @ Matrade Exhibition Centre, Jalan Duta, KL.

Salam dan Selamat Sejahtera semua...
Ok, kali ni pasal Cat Show kat atas pulak. Show kali ni agak berskala besar, 2 ring bermaksud 2 judge. Judge kali ni dari France. Disebabkan itu, banyak gak kucing yang masuk show, adalah dalam 150 ekor kesemuanya, pedigree and non pedigree.
Kali ni penganjuran di laksanakan oleh AJK MCC yang baru, termasuklah pakcu yang baru setahun jagung dalam dunia kucing ni, dilantik pulak jadi Asst. Secretary MCC. Hmm... memang blurr sungguh.
So, kali ni pakcu, macam biasa bawaklah kucing yang biasa pakcu bawak, iaitu Alfio, Raldo, Rocky, Argo dan seekor shorthair (first time bawak shorthair ni... Alex).

Keputusannya : Alhamdulilah, adalah yang yang dapat placing... cuma Alfio jer yang tak dapat apa2... Sebab dia dah moody sangat, tak boleh dah tengok orang ramai. Dekat jer dia nak hiss... So, show kali ni last pakcu bawak Alfio show, lepas ni rehat2 lah kat rumah...hehehe.
Alex : 3rd Domectic Female Open Shorthair

Rocky : 2nd Domestic Neuter Longhair

Raldo : 3rd Domestic Neuter Longhair

Argo : 1st Domestic Neuter Longhair