MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Wednesday, February 10, 2010

Kucing Beranak...


Salam dan Selamat Sejahtera Semua,
Ok, dah lama gak tak berceloteh ni, so hari ni pakcu nak cerita pasal kucing baru beranak. Sebenarnya idea kucing beranak ni diberikan oleh salah seorang follower blog Pakcu, Hisyam. Thanks Hisyam for the idea.
Sebenarnya pasal kucing beranak ni, mengikut pengalaman pakcu ler, ada ibu kucing yang pandai jaga anak, ada yang tak pandai, ada yang tak berapa pandai. Masa dia bunting tu (1st timer) memang kita tak tahu, bila dia dah beranak baru nampak.

Ibu Kucing yang pandai jaga anak
Kategori ni, dah boleh tengok dari awal-awal lagi dia melahirkan anak. Uri anak dia cepatjer dia makan, terus jilat-jilat bulu anak-anak dia, suka baring bagi anak dia susu, jarang jauh dari anak dia. Kategori macam ni memang senang betul-betul jaga, cuma pastikan dia ada tempat, kotak paling sesuai letak sikit kain-kain buruk dan tukar kain tu seminggu sekali untuk bulan pertama. Air untuk ibu kena selalu tukar dan pastikan sentiasa ada disisi ibu kucing. Supplement kan ibu kucing dengan vitamin B-Complex untuk menambahkan susu ibu.

Ibu Kucing yang tak berapa pandai
Kategori ni, ibu kucing jarang jilat anak dia, uri anak pun lambat makan, selalu berdiri jer dan jarang bagi anak minum susu. Yang macam ni, apa yang boleh kita buat ialah selalu pujuk ibu kucing tu supaya baring supaya anak dia dapat menyusu, tapi jangan pegang anak dia selalu sangat, takut terlekat bau lain nanti ibu kucing tak mahu jilat anak dia. Hadkan pergerakan ibu dia dengan mengurung dia bersama anak-anak dia dalam satu sangkar yang sederhana besar. Bagi jugak vitamin B-Comple tu.

Ibu kucing yang tak pandai langsung
Kategori ni, sebenarnya ibu kucing tu bukan tak pandai, tapi dia memang tak suka mempunyai anak. Bila anak dia lahir, langsung tak dijilatnya, uri pun dia tak nak makan. Ibu selalu berdiri jer atau duduk jauh dari anak dia dan tak mahu langsung bagi anak dia susu. Perangai ibu lak, dia suka menjilat bulu dia jer. Yang macam ni, cuba kurungkan ibu dia dalam satu tempat yang muat-muat kotak, tempat makan/minum dan litter box. Jangan bagi dia sangkar yang ada platform sebab kalau ada, nanti dia asyik duk lepak atas platform tu je. Kalau dia langsung tak nak bagi susu, so anak-anak dia kena la bantu bagi susu pakai botol. Kena sabar banyak sebab anak kucing kerap menyusu, sekurang-kurangnya 4 kali sehari.

So, pada semua yang baru experience kucing beranak, kenalah banyak bersabar kalau ibu kucing macam dalam kategori no. 3 tu. Kena luangkan masa banyak dan kalau boleh amik cuti, amiklah dalam seseminggu ker.... Hehe, adaker boss boleh bagi cuti sebab kucing beranak?.. hehe. Kalau yang tak der masa sangat... kenalah korbankan sikit bawak pergi clinic atau tempat yang boleh jaga kucing tersebut.... tapi kena ingat, kalau ibu tu dalam kategori no. 3, peluang anak-anak kucing tu survive memang tipis sangat. So, banyak mana usaha you all akan menentukan peluang anak-anak kucing you all utuk survive.


Ok, ini lah saja yang sempat pakcu celoteh dan berjumpa lagi di lain topik pulak... Thanks to all for your views and visit here.

No comments:

Post a Comment