MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Wednesday, June 30, 2010

KEDAI BARU SUDAH BEROPERASI SEPENUHNYA !

Salam dan Salam Sejahtera semua kawan-kawan,
Alhamdulilah dan dengan rendah diri, pakcu ingin mengumumkan bahawa kedai baru di Reko Sentral (Sila rujuk info di sebelah) telah mula beroperasi sepenuhnya seperti biasa. Cuma terdapat perubahan jadual waktu perniagaan. Kini waktu operasi adalah seperti berikut :-

Isnin - Ahad : 10.30 am - 10.30 pm
Rabu : Tutup / Close

Pakcu kini telah mula menerima tempahan boarding kucing untuk Hari Raya ini. Oleh itu, sesiapa yang berhajat untuk boarding kucing, silalah buat tempahan kerana sepertimana tahun lepas Pakcu hanya menerima sejumlah kucing sahaja, untuk menjamin keselesaan kucing. Di tahun lepas, Pakcu berasa sedih jugak kerana terpaksa menolak beberapa permohonan kerana dah over limit dan lewat, so pada tahun ini, pakcu nasihatkan buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan dan kesedihan dua-dua belah pihak.

Di atas sokongan dan minat kawan-kawan semua, pakcu dengan ikhlas mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih dan semoga kita semua sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. InsyAllah.

Nota : Kepada mereka yang ingin datang diluar dari waktu operasi di atas, silalah telefon Pakcu dahulu, InsyAllah, Pakcu akan tetap melayan anda semua.

Tuesday, June 8, 2010

PAKCU USUAL PET SHOP BERPINDAH!!

Salam Sejahtera semua...
Dengan sukacitanya, pakcu nak beritahu bahawa Pakcu Usual Pet Shop n Clinic akan berpindah ke lokasi baru yang lebih menarik dan senang dikunjungi. Ini akan lebih memudahkan semua untuk datang berkunjung ke sana. Alamat baru Pakcu Usual Pet Shop n Clinic adalah seperti berikut :-

No. 8-G, Jalan Reko Sentral 4, Reko Sentral, 43000 Kajang. Selangor.
Walaupun poskodnya Kajang tapi sebenarnya ia terletak di Bandar Baru Bangi, bersebelahan seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Jalan Reko (Jalan utama Kajang-Bangi)
Kedai Pakcu bersebelahan Agro Bank dan terletak di Jalan Utama mengadap main entrance Pasaraya Econsave.

Di bawah, ada pakcu link kan maps dan info about Reko Sentral
Info of Reko Sentral
Maps of Reko Sentral

InsyAllah, Kedai akan mula beroperasi sepenuhnya pada 18 Jun (Jumaat), 2010. Semua dijemput datang untuk memeriahkan pembukaan kedai baru Pakcu Usual Pet Shop and Clinic.

Sekian. Terimakasih.