MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....
Showing posts with label CELOTEH PAKCU..... Show all posts
Showing posts with label CELOTEH PAKCU..... Show all posts

Friday, January 21, 2011

Huhu... Lamanyer tak update blog nih....



I'M bAcK.....hehe

Salam and Salam Sejahtera Semua....

Lamanya rasanya tak update blog pakcu nih. Nak kat busy sangat pun idak, nak kata tak der mood pun idak, nak kata apa ek? Kesimpulannya, rasanya mungkin sebab macam tak de benda dah nak share... and sedikit malas... Rasanya itu lah sebabnya... hehehe. Sorry ek...

So, mulai hari ni, Pakcu akan try update ler sikit sebanyak blog pakcu ni dan kalau ada info-info or citer menarik yang relevant... pakcu trylah share dengan semua orang k.

Kepada semua yang bertanyakan tentang membership card, InsyAllah, pakcu akan emailkan your membership card within this one month, kepada yang tak tau nak apply.... emailkan je your request to pakcupet@yahoo.com (with your full name and kalau bole dengan pic sekali, senanglah pakcu nak kenal... hehe)

Thanks so much to all my blog followers and members and all my friends. This blog will be active again dan selalu-selalulah melawat dan bertanya khabar....

Monday, July 19, 2010

Lamanyer tak da tips2 pasal kucing...

Salam dan Selamat Sejahtera...
Rasanya lama sungguh Pakcu tak der posting kan tips-tips perihal menjaga kucing ni. Pakcu minta maaf sebab busy sangat pasal nak pindah kedai lagi, lepas tu dengan line streamyx yg tak masuk-masuk lagi (dah berbulan apply) and ada lak macam-macam hal...

Tapi, mulai hari ni Pakcu try lah balik posting tips-tips, walaupun streamyx lum ada lagi... huh bila lah nak dapat tu....

So, kepada semua followers and silent readers.... Happy reading my blog and thanks so much for the support and feedback...

Love You All!!

Saturday, February 13, 2010

Pantang Kucing : Kebenaran atau Kebetulan...


Salam dan Selamat Sejahtera Semua...
Hari ni pakcu nak celoteh pasal satu topik yang pakcu rasa agak menarik. Topik ni rasanya ramai dari kita yang pernah experience, dengar dan tengok. Pakcu pun, sejak bela kucing dah banyak kali experience and dengar.
Ok, kita duk dengar banyak sangat pantang atau kepercayaan kat kucing. Benda ni terjadi, sebab kucing ni sangat rapat dengan kita. Bila kita dah sayang sangat pada kucing, so apa yang terjadi kat kucing tu kita nak ambil tahu. Ada perubahan sikit pada perangai dia, kita dah ingat macam-macam. Bila dia mengiau bunyi lain macam sikit, kita ingat dia dah kena sampuk or ternampak benda macam-macam. Hehe... pakcu dulu pun macam tu, tapi lepas dah banyak baca, pengalaman, ada benda yang kita boleh explain, ada jugak benda yang jadi misteri.

So antara pantang/kepercayaan tu :-

1. Jangan ambil gambar kucing, nanti dia mati cepat
2. Jangan potong kuku kucing, nanti kucing mati
3. Kucing hitam bawak sial
4. Jangan berniat nak beri/jual anak kucing, nanti anak kucing mati
5. Jangan kembirikan, nanti kucing jadi moyok atau tak aktif, cepat mati
6. Kucing tak boleh belai-belai sangat, nanti lambat besar
7. Kucing kalau nak mati, dia akan lari dari rumah
8. Jangan potong misai kucing, nanti kucing jadi bodoh

Ok, this is pakcu nye pendapat pasal perkara di atas. Ini pendapat peribadi pakcu dan terpulanglah pada semua samada bersetuju atau tidak. Pendapat pakcu ni lahir melalui kajian, pembacaan dan pengalaman pakcu sendiri.

1. Jangan ambil gambar kucing, nanti dia mati cepat
- Ini antara pantang yang selalu kita dengar dan telah kita dengar sejak ujudnya kamera. Pada pakcu pantang ni sebenarnya lebih kepada larangan mengambil gambar kucing. Mengikut kajian saintifik, kucing yang terdedah pada flash kamera yang tepat ke matanya, boleh mengakibatkan degupan jantung kucing terganggu. Sekiranya terlampau selalu di dedahkan dengan flash kamera maka perjalanan jantung kucing akan semakin lama semakin lemah dan tidak menentu. Itulah sebabnya, bila ada cat show, pihak penaja atau organiser akan menasihatkan pengunjung supaya tidak mengambil gambar kucing dengan flash. Sebab ini boleh dikhuatiri memudaratkan kucing.
- Tetapi kalau setakat mengambil gambar tanpa flash, pada pakcu beratus-ratus kali pun tak apa. Kucing pakcu rasanya dah beratus kali diambil gambar, tapi Alhamdulilah setakat ini, elok jer sihat dia. Cuma kena pastikan flash tak terpasang dan tidak terlampau rapat dengan kucing.
- Pada anak kucing yang baru lahir, pakcu tak akan ambil gambarnyer, walaupun tanpa flash. Ini pada pakcu untuk menjaga hati ibunya dan mengelakkan anak kucing tu dari terkena pancaran flash pada matanya yang baru nak melihat. Selepas sebulan, barulah pakcu berani nak ambil gambar tapi semestinya tanpa flash.

So, kesimpulannya, pada pakcu ambil gambar kucing tak ada kesalahannya, cuma pastikan tiada penggunaan flash dan tidak terlalu dekat.

2. Jangan potong kuku kucing, nanti kucing mati
- Ini jugak antara pantang/kepercayaan lama. Dulu, masa pakcu mula-mula bela kucing, ada seorang rakan pakcu nasihatkan jangan potong kuku kucing, sebab dia pernah potong kuku kucing dia, esoknyer kucing dia mati.
- Setelah pakcu baca dan tanya rakan-rakan lain, sebenarnya amalan potong kuku kucing ini amalan yang sihat. Kekerapan yang paling sesuai ialah setiap dua minggu. Dengan potong kuku kucing, ia akan mengelakkan dari badan nya terluka atau infection. Kucing selalu menggaru badannya dan tak mustahil akan terluka kalau kukunya tajam dan tak dipotong. Bagaimana pun, memotong kuku ni ada tekniknya, jangan potong sampai kepangkal, potong dihujungnya (bahagian jernih/putih dan bukan di bahagian pink) sahaja. Lihat gambar dibawah cara yang betul memotong kuku kucing. Rupanya, rakan pakcu dulu tu potong kuku sampai kepangkal, tu la sebab nya kucing dia mati akibat pendarahan kuku yang terlampau banyak.

- Juga pakcu berpendapat, amalan potong kuku kucing ni sesuai kalau kucing-kucing anda tidak dipelihara untuk menangkap tikus, dan tidak dibiarkan berkeliaran di luar rumah. Sebaik-baiknya belilah cat scratcher dan latih dia supaya mencakar scratcher dari mencakar perabut rumah.
- Bagi kucing yang dilepaskan di luar rumah - pakcu tak galakkan lah, seboleh-bolehnya jangan lah potong kuku dia. Kalau potong kuku dia, akan mengakibatkan dia rasa rendah diri dan hilang keyakinan bila berjumpa kucing lain. Juga, akan mengakibatkan keupayaan dia memanjat pokok terbatas. Ini akan menjadikan kucing stress dan moyok.

So, kesimpulannya, pada pakcu boleh potong kuku kucing tapi dengan teknik yang betul. Juga pastikan kucing itu, kucing yang tidak dilepaskan berkeliaran bermain di luar rumah. Lagi satu, cat show mewajibkan semua kucing yang menyertai, dipotong kukunya, jadi pantang potong kuku kucing rasanya tak benar. Kecuali pada kucing yang dibela dengan tujuan tertentu atau yang berkeliaran di luar, pada pakcu amalan potong kuku kucing ini sangat baik untuk diamalkan.

3. Kucing hitam bawak sial
- Pada pakcu, ini kepercayaan karut dan khurafat. Tiada satu pun haiwan atau makhluk ciptaan Tuhan dijadikan untuk membawa sial. Mungkin disebabkan color dia hitam, dan agak menakutkan bagi sesetengah orang, maka dia di anggap bawak sial. Ini satu penganiayaan pada kucing hitam. sebenarnya, kucing hitam juga cantik dengan gayanyer yang tersendiri. Banyak pertandingan kucing antarabangsa telah dimenangi oleh kucing berbulu hitam.

So, kesimpulannya, kucing hitam tidak langsung membawa sial. Sebaliknya jika dijaga dengan ikhlas, kucing hitam selalu membawa tuah pada tuannya.


4. Jangan berniat nak beri/jual anak kucing, nanti anak kucing mati
- Ini salah satu pantang/kepercayaan yang pada pakcu satu misteri. Walaupun, pakcu percaya ini satu kebetulan dan ajal maut tu semua di tangan Tuhan, tapi kebetulannya terlampau kerap terjadi untuk pakcu menafikannnya 100%. Pakcu pernah diberitahu oleh rakan pakcu tentang ni, tapi pakcu kurang percaya, tetapi bila dah terjadi beberapa kali pada pakcu, so pakcu tidaklah berani menafikannya 100%. Ini pengalaman pakcu :-
a. Bila ada kucing bunting, pakcu terniat nak bagi anak kucing pada sedara or kawan-kawan, bila tiba masa kucing beranak, semua anak dia mati atau dimakan oleh ibunya.

b. Bila ada ibu kucing yang baru beranak, semua berebut-rebut nak anak dia, sampai ada lak yang bayar booking, adalak yang kecik hati bila tak sempat booking. Semua ini disaksikan oleh ibu kucing tersebut. Lebih kurang sebulan selepas tu, ibu kucing mula dah tak jaga anak dia dan tak nak menyusukan anak dia. Tak lama lepas tu, semua mati.

c. Bila ada orang yang tunjuk anak kucing yang dia nak didepan ibu nya, tak semena-mena, anak kucing yang satu tu mati. Dah dua kali jadi kat pakcu.
- Pada pakcu, walaupun ini satu kebetulan, tapi pakcu percaya setiap makhluk Tuhan yang bernyawa dikurniakan perasaan. Bayangkanlah, sekiranya belum sempat lagi ibu kucing tu nak memanjakan anaknya, ada pulak suara-suara atau usaha nak pisahkan dia dari anaknya. Tentulah si ibu merajuk dan kecik hati. Jadi untuk menggagalkan usaha itu, tak mustahil kalau si ibu bertindak membunuh atau tidak menyusukan anak-anaknya, supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.

So, kesimpulannya, walaupun tiada kajian saintifik membuktikan fenomena ini, tapi melalui pengalaman pakcu itu, sekarang pakcu tidak akan lagi berniat begitu pada setiap kucing yang bunting. Juga, pakcu tak lagi membenarkan anak-anak kucing kurang dari dua bulan untuk dibooking. Jika ada yang berminat, pakcu nasihatkan jangan beritahu di depan ibu kucing, atau menunjuk/mengambil anak kucing tersebut dari ibunya. Selepas jauh dari ibunya, maka beritahulah pakcu, tapi pakcu tak akan berjanji atau mengambil bayaran. Kalau ada rezeki nanti, dapatlah. Itu yang pakcu buat sekarang. Alhamdulilah, dengan keizinanNYA jua, tak ada yang mati atau dimakan oleh ibunya. So, kepada semua, ini cuma pendapat dan pengalaman pakcu, so terpulanglah samada nak percaya atau tidak.


5. Jangan kembirikan, nanti kucing jadi moyok atau tak aktif, cepat mati
- Ini satu pantang/kepercayaan pada pakcu yang tidak harus diikuti. Tiada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini. Sebaliknya, semua bukti saintifik, membuktikan kucing yang dikembiri menjadi lebih sihat, cantik, besar, aktif dan manja. Pengalaman pakcu membuktikan semua ini, itulah sebabnya 90% kucing pakcu semua telah dikembiri. Selain dari kucing jadi sihat, juga untuk mengawal pembiakan kucing-kucing liar yang tidak terjaga sekiranya jumlah nya nanti menjadi terlampau banyak. Sila rujuk kepada celoteh pakcu yang terdahulu pasal kembiri kucing ini.

So, kesimpulannya, pantang kembiri ini tidaklah tepat langsung. Bagaimanapun, ini juga terpulang kepada semua dan bergantung pada niat masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

6. Kucing tak boleh belai-belai sangat, nanti lambat besar
- Ini pada pakcu hanya terpakai pada anak-anak kucing yang baru lahir. Kalau terlampau kerap membelai anak-anak kucing, ditakuti bau tangan kita akan lekat pada anak kucing, menyebabkan hilang bau semualajadi si ibu, nanti ibu tak akan memanjakan anaknya dan tidak lagi kerap menyusukan anaknya. Bukti saintifik ada menyokong kenyataan ini, dan ada yang mengatakan bayi manusia atau anak-anak kecil tidak digalakkan menyentuh anak kucing yang baru lahir.
- Selepas anak kucing tu bercerai susu (3 bulan), rasanya tak ada salah untuk membelainya sekerap yang mahu. Lagi manja kucing dengan kita, lagi dia happy dan sihat, maka lagi ccepat dia besar.


So, kesimpulannya, pantang ni pada pakcu untuk kucing-kucing yang belum bercerai susu sahaja. Kepada kucing besar tak mengapa, malah sangat digalakkan untuk kita memanja dan membelai kucing kita selalu.


7. Kucing kalau nak mati, dia akan lari dari rumah
- Ini pada pakcu satu kebetulan. Yang sebenarnya, dia lari adalah untuk mengubati sakit dia. Kadang-kadang kucing ni ada sakit tapi kita tak nampak. Bila dia duduk dirumah, dia jadi serbasalah sebab tuan dia tak usaha ubati sakit dia. Bila dah tak tertahan, dia akan keluar rumah dua tiga hari, dan selalunya bila sakit dia dah makin parah. Selalunya terjadi pada kucing-kucing tua.
- Juga ada yang mati kat luar rumah disebabkan oleh faktor lain seperti bergaduh, cedera di kerjakan binatang lain, dilanggar kenderaan dan sebagainya.


So, kesimpulannya, ini hanya kebetulan. banyak juga kucing yang mati didalam rumah. Oleh itu sekiranya kalau kucing anda keluar rumah, usahalah mencarinya, janganlah cepat percaya pantang/kepercayaan ini. Sekiranya anda sayang kucing tersebut, jagalah dia dengan ikhlas dan jangan cepat putus asa kalau ada apa-apa mterjadi padanya.


8. Jangan potong misai kucing, nanti kucing jadi bodoh
- Ini pada pakcu, pantang yang ada benarnya dan juga disokong oleh bukti saintifik. Misai pada kucing adalah salah satu deria rasanya. Misai nya digunakan untuk mengagak jauh dekat benda atau ancaman sekelilingnya, misainya juga digunakan untuk mempastikan bau yang dihidunya. Lagi panjang misai, lagi tajam deria rasanya. Kalau misai dipotong, ini akan membataskan pergerakkannya dan benar dia akan menjadi tidak aktif dan serbasalah.

So, kesimpulannya, jangan dipotong misai kucing. Kalau potong bukanlah akan membuatkan kucing tu menjadi bodoh, tapi kucing akan confuse atau serbasalah.

So, ini lah saja celoteh pakcu buat kali ni. Moga bertemu di lain topik akan datang nanti. Terimakasih semua kerana sudi membaca blog pakcu ni.

Sunday, February 7, 2010

Kembiri kan (neuter) kucing atau tidak?.. satu persoalan




Salam dan Selamat Sejahtera semua...
Seperti yang dijanjikan, maka Celoteh Pakcu kali ni adalah tentang isu kembiri (neuter) kucing. Mungkin ramai yang dah tahu tapi mungkin ada juga yang tak tahu, so pakcu ceritakan lah sikit pasal kembiri atau kasi atau lebih dikenali sebagai neuter bagi peminat dan pencinta kucing.
Kembiri mempunyai bermacam-macam maksud tetapi secara ringkasnya adalah seperti yang petik dari Utusan Malaysia : Istilah kasi atau kembiri atau dalam bahasa Inggerisnya castration, ialah prosedur pembuangan ovari (bagi haiwan betina) atau buah zakar (bagi haiwan jantan). Ada juga yang menyebut Spay untuk Betina dan Castration untuk Jantan. Apa pun, semua bermaksud yang yang sama iaitu memandulkan haiwan tersebut bagi menghalang ia daripada kemampuan mempunyai zuriat. Prosedur kembiri ini boleh dilakukan dengan bermacam-macam cara, samada melalui pembedahan, pemakanan ubat-ubat tertentu atau prosedur perubatan menggunakan peralatan- peralatan tertentu. Di Malaysia, prosedur yang lazimnya digunakan ialah melalui proses pembedahan.
Had umur sesuai kucing dikasikan ialah berumur 6 bulan atau lebih.

Stigma kembiri di Malaysia
Kebanyakan penggemar binatang peliharaan tahu tentang kembiri atau neuter ini. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menentang. Alasan bagi kedua-dua pihak ini ada banyak dan pakcu try la senaraikan seperti berikut :-
Alasan Menyokong :-
1. Terlampau banyak kucing
2. Kucing jantan memancut merata-rata
3. Kucing betina dan jantan mengiau terlampau kuat dan bising
4. Supaya kucing lebih sihat,manja dan besar
5. Menghilangkan stress kucing bila datang gian
6. Menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar jalanan (stray cats)
7. Untuk menyertai pertandingan kucing yang mewajibkan kucing di kasikan sekiranya berumur lebih 8 bulan

Alasan Menentang :-
1. Nak ada baka kucing
2. Kesihan pada kucing
3. Takut berdosa kalau di kembirikan/kasikan

Ok, pakcu tak nak lah nak berdebat pasal isu ini. Cuma pakcu nak celoteh pasal isu ini berdasarkan pada pengalaman pakcu sendiri.Kebetulan hari ini, ada yang datang kedai pakcu minta pandangan tentang isu ini dan pakcu pun beritahulah apa yang pakcu rasa.
Kalau pembaca tengok pada labels MY CATS, ada terdapat semua kucing-kucing peliharaan pakcu yang terdahulu. Daripada enam ekor, lima telah di kasikan, dan akan menyusul lebih banyak lagi kucing-kucing baru. Kucing-kucing adik beradik pakcu pun 90% telah dikasikan. Pakcu bertindak atas mengembirikan kucing tersebut atas alasan :-
1. Pakcu tak mampulah nak bela kucing banyak-banyak (samada dari segi material dan fizikal)Cuba lihat celoteh Pakcu pasal Kucing Jalanan... takutkan.
2. Pengalaman pakcu, semua kucing yang telah dikembirikan menjadi lebih sihat, manja, jinak, bulu makin cantik dan bersih, kurang stress dan tak banyak perangai. Senang di jaga...
3. Kucing yang dikembiri tak suka keluar rumah dan jarang bergaduh
4. Membolehkan pakcu menyertai banyak pertandingan kucing dan berjaya memenangi beberapa anugerah
5. Secara tak langsung pakcu ingin menyumbang kepada usaha mengawal pembiakan kucing-kucing liar/jalanan


Ok, Pakcu lihat kebanyakan dari kita (majority malays), liat sangat nak kembirikan kucing mereka. Pakcu boleh faham, kalau kucing tu kucing kacukan (kucing bulu panjang) dan inginkan baka, tapi yang pakcu terkilan kalau kucing tu kucing biasa (bulu pendek). Tak kurang juga yang memberikan alasan agama yang mengatakan berdosa. Di sini, pakcu pastekan fatwa dari JAKIM tentang isu ini :

Takut Berdosa
Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia" regarding the neutering of pets. Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002):

"All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community."

"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."

After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint of the SPCA animal experts, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".

So, kalau ada keraguan tentang hukum berdosa ke tidak, JAKIM telah mengeluarkan fatwa tersebut jadi macam pakcu, ikutlah Fatwa tersebut. Kepada yang lain, terpulang kepada keinginan masing-masing tapi Pakcu nak nasihatkan, jangan lagi menjadikan isu agama sebagai alasan untuk tidak mengembirikan kucing anda.


Inginkan Baka..
Ok, kepada mereka yang inginkan baka. Pakcu rasa tak salah. Cumanya kalau inginkan baka, setakat seekor dua sudah la. Tapi, semua tahu kan, kucing boleh melahirkan baka mencapai berbelas-belas ekor dalam masa setahun. Mampukah kita kalau cuma dari sepasang, tahun depan dah ada 12 ekor kucing? Kalau tak mampu apa akan jadi pada nasib kucing-kucing tersebut? Fikirkan lah... Ada juga yang memberi alasan, lepas lahir baka nanti, kucing tersebut akan dikasikan. Kat sini, Pakcu dulu telah memberikan pendapat yang pakcu rasa Pakcu silap. Dulu pada mereka ini pakcu mengiyakan alasan tersebut tetapi pakcu lupa untuk menasihatkan bahawa setelah mendapat baka, bukan saja ibu bapa kucing tersebut harus dikembirikan, tetapi bakanya juga harus dikembirikan. Kalau tak, maka balik pada wal asal balik asal lah. Jumlah kucing akan terus membiak sehingga tidak lagi mampu dijaga.Untuk itu, kepada yang memberi alasan begini, ingatlah bahawa bertindak awal adalah lebih baik dari bertindak dikemudian hari.

Kesian kucing..
Kepada yang memberi alasan kesian kat kucing, ini pandangan pakcu. Mana yang anda lebih kesian - pada kucing anda yang duduk dirumah, atau pada kucing anda yang terlampau banyak yang kelaparan dan berkeliaran di jalanan? Terimalah hakikat bahawa semampu mana pun kita nak bela kucing, tak akannya kita mampu nak berikan kasih sayang sama rata pada berbelas-belas atau berpuluh ekor kucing. Kadang-kadang kita ambil mudah tentang perkara ini. Bila dah terlampau banyak kucing, kita lepaskan mereka di luar dan lepas dari tanggungjawab hanya dengan memberikan mereka makan minum saja. Ini pada pakcu sudah jadi satu penganiayaan pada kucing.

Kebaikan Mengembiri Kucing
Berikut adalah fakta tentang kebaikan mengembiri kucing :-
The surgical procedure in the female (ovariohysterectomy=spay) involves complete removal of both ovaries and the uterus through an incision in the abdomen. Sometimes (uncommonly) just the ovaries are removed (ovariectomy). Neutering the male cat (castration) is the surgical removal of both testes through small skin incisions in the scrotum, the sac that surrounds these glands. The term “neuter” is often used instead of castration when discussing the procedure in the male cat. In the tom, sometimes the testicles are not completely descended into the scrotum (cryptorchid) and a different surgical procedure is necessary. Your veterinarian will discover this during the physical examination and inform you of the necessary alternative surgical procedure.

Most veterinarians recommend that the surgery be performed when your cat is about 5-6 months old, but it’s never too late to neuter your cat if he or she is healthy! Some female cats begin their cycles as early as 4 months of age, so keep young females indoors until the surgery is attended to. Many humane shelters now do early spay and castration prior to pet adoption, and this does not produce any adverse long term effects. This strategy helps to control the pet overpopulation problem, one of the very best reasons to neuter your cat!

By neutering cats, you remove the hormones stimulating reproductive behaviors.

Spaying will prevent your female cat from going into heat (estrus). Intact female cats come into heat many times each year. The heat may last 3 days, to almost 3 weeks, and she will cycle into heat every 2 to 3 weeks until she is bred. During her heat cycle, she may exhibit behaviors including crying excessively, wailing, rolling on the floor, and rubbing up against people, other animals, and objects. She may raise her tail, and sometimes spray urine around the house. She may also show very muted signs, or no signs. Male cats will be attracted to the house and she may try to run outdoors. Encounters with male cats can result in pregnancies, unwanted kittens, and sometimes wounds and infections. Uncontrolled reproduction year after year will also potentially exhaust the queen. Two or three litters a year are not uncommon in roaming cats, and this drain on her body reserves can deplete the female if she is not allowed to rest from her nursing and pregnancy cycle.
Spaying will decrease risk of developing mammary gland tumors later in life. This is an important reason to have your cat spayed at the recommended age, by 5-6 months. In cats, mammary gland tumors are malignant 80-93 % of the time. Spaying also decreases the risk of ovarian tumors later in life.
Spaying will decrease her risk of developing infections of the uterus (womb) and decrease the risk of abnormal uterus reactions (cystic endometrial hyperplasia) that can favor development of infections such as endometritis and pyometra, a potentially life-threatening condition.
Castration will decrease inappropriate tomcat behavior of spraying urine on the walls and furniture to “mark” his territory. According to Dr. Gary D. Norsworthy, Fellow, Academy of Feline Medicine , neutering (castration) has a 90% probability of reducing urine spraying in intact male cats.
Castration will decrease his tendency to wander outdoors in search of a female in heat. He will be less likely to have encounters with cars, dogs, wildlife, or to get into cat fights. This will decrease his risk for becoming infected with contagious viruses that are primarily transmitted by saliva, such as Feline Immunodeficiency Virus (FIV, or Feline AIDS), Feline Leukemia Virus FeLV), rabies virus (in many areas of the country), and other infectious agents. He will develop fewer wounds and abscesses. Decreasing his outdoor roaming activities may also promote harmony and quiet in the neighborhood!
Castration will also decrease his risk of developing testicular tumors (even though they are rare in cats).
Many pet owners are concerned that their cats will gain weight after the surgery. This concern is no reason to avoid neutering your cat. Although weight gain is possible, by feeding a balanced diet, avoiding overfeeding, and making sure your cat gets plenty of exercise, you can maintain your cat’s appropriate weight. Regular examinations and weight checks with your veterinarian can keep you on track. Having your cat surgically neutered is best for your cat’s long-term health, and absolutely necessary to reduce pet overpopulation.


Jadi pakcu rasa tak ada sebab yang baik untuk kita tidak mengembirikan kucing kita. Ingatlah, tiada masalah lewat untuk kembirikan kucing. Yang jadi masalah bila kita tidak kembirikan kucing atau terlampau lewat mengambil tindakan. pakcu tak nak lah berdebat pasal agama tentang isu ini dan janganlah pulak ada yang menyamakan isu kembiri kucing ini dengan isu kembiri manusia pulak. Cukuplah ada fatwa Jakim yang mengharuskan perkara ini dan disokong oleh bukti saintifik dan sosial. Tepuk dada tanya selera tapi fikirkanlah nasib kucing-kucing anda semua.

Saturday, February 6, 2010

Kucing?...Kos Permulaan dan Seterusnya...serta Isu-Isu yang berkaitan..


Salam dan Selamat Sejahtera Semua...
Hari ni pakcu nak berceloteh pasal nak memelihara kucing. Memelihara dalam ertikata ini adalah memelihara kucing dalam rumah (tidak dilepaskan bermain atau tidor diluar kawasan rumah), selalu membelai dan bermain dengan kucing, memberi makanan yang baik-baik, melakukan pemeriksaan perubatan berkala, memandikan dan menyikat bulu kucing selalu dan memastikan semua aksesori berkaitan kucing sentiasa ada.
Memberi kucing makan minum dan melepaskan kucing bermain di luar kawasan rumah, pada pakcu ini bukanlah memelihara kucing. Ini pada pakcu hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Mari kita fikirkan hal-hal yang berikut sebelum membuat keputusan untuk memelihara kucing :-
1. Komitmen : Memelihara kucing memerlukan komitmen yang agak tinggi. Anda dan keluarga, mestilah mempunyai sifat penyayang kepada binatang. Anda perlu memberikan sedikit masa terluang anda terhadap kucing. Kucing suka dibelai dan dimanjakan. Perhatian yang betul terhadap kucing, akan mengelakkan kucing dari stress yang menjadi punca kebanyakan penyakit kucing. Kucing perlu dimandikan sekurang-kurang nya dua minggu sekali, disikat bulunya setiap hari, diberi makanan yang baik-baik, dilengkapi aksesori yang perlu seperti pasir kucing dan permainan, bekas pasirnya dibersihkan setiap hari dan diberi rawatan perubatan berkala secara bulanan dan tahunan.
2. Tujuan : apakah sebab anda ingin memelihara kucing? Kucing adalah teman yang sejati dan taat, dan seperti manusia kucing juga perlukan teman. Di sini, kena ada kerjasama dua belah pihak dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya cuma sebelah pihak saja, baik lupakan niat memelihara kucing. Sekiranya untuk dijadikan hadiah kepada anak anda, pastikan anda telah berbincang dengan anak anda mengenai komitmen yang perlu. Andainya anak anda nampak macam malas nak jaga, lupakan saja niat di atas. Penjagaan kucing bukan perkara suka-suka kerana penjagaannya adalah perkara harian dan wajib dilakukan. Setengah dari kita, bila kucing tu comel, kita akan suka membelai dan bermain dengannya, tapi disebabkan tak dipelihara dengan betul seperti malas nak sikat bulu, malas nak bersihkan/mandikan kucing, biar saja kucing lepas diluar, jarang bersihkan bekas pasir dia, maka bila kucing dah kotor atau berpenyakit (berjangkit dari kucing luar), maka kucing itu pun dibiarkan dan senasib dengan kucing jalanan. Kesiankan... Juga sekiranya anda ingin memelihara kucing untuk bermegah-megah dengan kucing comel dan menunjuk-nunjuk pada jiran pun tak elok. Tapi sekiranya anda ingin memelihara kucing untuk dibawa kepada pertandingan kucing, ini sebab yang bagus kerana untuk melayakkan kucing anda bertanding, kucing mesti terjaga makan-minumnya, bersih, cantik dan bebas dari penyakit dan stress, jinak, aktif, sihat serta lengkap rekod perubatannya. Juga tujuan anda bukan untuk membiakkan kucing dan anda bertekad untuk memelihara kucing pada jumlah yang anda mampu dan mengembirikan kucing anda bila perlu.
Apa pun sebab anda ingin melihara kucing, yang utama kena ikhlas. Kucing binatang yang sangat sensitif dan ia tahu tahap kesayangan tuannya. Kucing yang happy, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan tuannya.
3. Kos Permulaan : Sebagai permulaan, benda-benda berikut adalah wajib/perlu disediakan :-
a. Makanan - RM 30.00 (1-2 kilo)- premium food
b. Bekas Pasir - RM 40.00
c. Carrier - RM 60.00 (untuk kegunaan membawa kucing ke klinik atau travel)
d. Sangkar kucing - RM 180.00 (yang sederhana besar... lg besar lagi bagus)
e. Aksesori - RM 70.00 (bekas makanan/minuman, pasir, shampoo, sikat, toys etc)
f. Rawatan perubatan - RM 50.00 (vaksin, deworm dan rawatan kutu)
So, lebih kurang RM400.00 perlu dibelanjakan sebagai permulaan, untuk memastikan keselesaan kucing baru(ahli keluarga baru) anda. Ini tidak termasuk harga kucing sekiranya anda membeli kucing tersebut.
Kos bulanan pula lebih kurang RM30.00/seekor/sebulan. Sebenarnya kos pemeliharan kucing tidaklah tinggi seperti yang selalu kita dengar. Kos pelihara kucing hanya menjadi tinggi bila kucing sakit dan memerlukan rawatan perubatan tambahan. Oleh itu, sekiranya anda sayangkan kucing anda dan inginkan nya sentiasa sihat, paling penting janganlah lepas ia bermain di luar kawasan rumah (diluar banyak penyakit berjangkit), tidak memberi makanan junk (murah) kerana 90% penyakit datang dari apa yang dimakan, memastikan kucing anda selesa dalam rumah dan lengkapkan segala aksesori yang perlu.
4. Pemilihan kucing : Ini terpulang kepada anda, samada anda ingin kucing bulu panjang atau pendek. Majoritinya suka yang bulu panjang, tapi perlu diingat, kucing bulu panjang memerlukan 3x ganda kerja menjaganya dibandingkan dengan kucing bulu pendek. Pakcu suka lah nak nasihatkan, sekiranya anda tak berapa pasti tapi nak memelihara kucing, dapatkan lah kucing bulu pendek atau semi longhair sebagai permulaan. Bila dah bersedia dan ada pengalaman, barulah dapatkan yang bulu panjang pulak. Pakcu dah tengok banyak kes yang excited nak bela kucing, terus bela kucing bulu panjang, tapi disebabkan tak ada pengalaman dan banyak kerja, banyak yang give up dan kucing menjadi tak terurus dan bermasalah. Kesian pada kucing....

5. Mendapatkan kucing : seeloknya dapatkan kucing yang stabil dan berumur lebih dari 3 bulan. Sebagai permulaan, dapatkan kucing yang dewasa pun bagus (lapan bulan ke atas) Kucing dewasa sebegini tak susah nak jaga, hanya pastikan anda ada masa melayannya, dan segala aspek penjagaannya terjaga dengan baik. Kalau mula dari kucing muda, banyak perkara tambahan yang perlu dibuat dan perlu lebih masa dengannya. Sekiranya anda mendapatkan dari orang perseorangan atau kedai, pastikan kucing tersebut telah divaksin dan sihat. Sekiranya belum atau tak pasti, bawalah kucing tersebut ke vet untuk memastikan tahap kesihatannya. Sekiranya anda kutip dari luar, perkara utama bawa ke vet, tinggalkan dua hari disana untuk dilakukan pemeriksaan perubatan, vaksin dan deworm sekiranya perlu.
Ok, sekiranya semua perkara di atas tidak menjadi masalah kepada anda, maka anda layak untuk mendapatkan kucing. Ingat, komitmen pada kucing adalah kontrak seumur hidup anda dan kucing. Kebahagiaan anda seharusnya juga dapat membahagiakan kucing anda. Anggaplah kucing sebagai teman dan ahli keluarga anda dan peliharalah ia sebagai mana anda memelihara ahli keluarga anda. Untuk itu pakcu ucapkan selamat berjaya dalam memelihara kucing anda dan semoga semua beroleh keberkatan dari keihklasan kita terhadap kucing.
Jangan segan-segan menambah ilmu kucing dan bertanya pakcu tentang apa jua pun pasal kucing. InsyAllah, selagi boleh pakcu akan bantu.

Friday, February 5, 2010

Kucing jalanan.....


Pakcu jadikan ini topik pertama blog Pakcu, sebab inilah yang Pakcu lihat pada hari ini. Tengahari tadi, semasa pakcu drive nak gi sembahyang Jumaat, ternampaklah ada seekor kucing mati kena langgar di tengah jalan. Pakcu stop kat tepi jalan dan alihkanlah mayat (pakcu sebut mayat tak sebut bangkai, sebab kucing pada pakcu dah macam teman/orang/ahli keluarga) kucing ke tepi. Hajat hati nak tanamkan tapi apakan daya, Pakcu kena pergi sembahayang Jumaat dulu. So Pakcu tutup je la dengan suratkhabar lama. Comel kucing tersebut dan bulunya seperti domestic semi long hair cat, ekor kembang, color silver tabby. Menitis jugak lah air mata Pakcu.

So, cerita Pakcu hari ni bukanlah pasal kucing tu mati kena langgar, tapi tentang macamana kucing tu mati kena langgar dan sebabnya.
Untuk pengetahuan semua, statistik kucing mati dilanggar adalah amat menggerunkan. Telah diberitahu bahawa jalanraya adalah pembunuh utama kucing seperti mana jugalah pada manusia. Setiap hari, di satu-satu kawasan dalam lingkungan 1o batu di kawasan bandar, akan ada kucing yang mati dilanggar. Bayangkanlah sekiranya di KL saja ada dalam lingkungan 300 miles radius so ada 30 kawasan. 30 kawasan X 1 ekor kucing X 365 hari = 10950 ekor kucing mati dilanggar dalam setahun. Banyak kan... itu kira kalau seekor, kalau dua atau tiga ekor mati dalam kawasan tu? Anda bayangkanlah....
Mungkin ada yang tertanya-tanya... mana mungkin sebanyak itu kucing jalanan di Malaysia. Ok, lihat statistik pembiakan kucing pulak. Kita mulakan dengan sepasang kucing dewasa (jantan dan betina). Kucing bunting hanya mengambil masa 60-65 hari sahaja. Dalam setahun, bagi kucing yang tidak terjaga atau sengaja dibiakkan, kucing betina boleh melahirkan anak sebanyak dua kali (ada setengah kes tiga kali, tapi Pakcu kira purata lah dua kali saja) dan setiap kali purata anak yang lahir adalah empat ekor. So kalau setahun, dicampor dengan ibu dan bapa kucing dah ada 10 ekor. Kucing betina pulak, seawal umur 6 bulan, dah ada yang miang nak kawin, so kalau lah dihitung dari 4 anak yang mula keluar tu, kiralah dua ekor saja betina dan turut melahirkan 4 anak jadi ibu bapa kucing tu dapatlah cucu 8 ekor. So selepas dihitung, cuma dari sepasang kucing dewasa, dalam setahun boleh mencapai 18 ekor!. Banyak kan... Kalau dalam satu kawasan 10 batu tu ada 30 pasang kucing dewasa, logik tak kalau Pakcu cakap dalam setahun ada 540 ekor kucing jalanan, lepas tu 540 ekor x 30 kawasan di kuala lumpur adalah 16200 ekor kucing jalanan dibiakkan dalam masa setahun. Bayangkanlah kalau selepas 10 tahun.. tak mustahil mencapai jutaan jumlahnyer!
So, disebabkan jumlah yang tak terkawal inilah, maka semakin hari semakin bertambahlah kucing-kucing jalanan dan setiap hari jugalah kita akan dapat melihat mayat-mayat kucing bergelimpangan di tepi dan tengah jalan.
Pakcu nak beritahu lah kat sini, kucing tak pandai melintas jalan. Kucing ni macam ayam, kucing cepat gabra dan curious terlebih, dan normalnya dia akan pergi kepada punca yang menyebabkan dia gabra dan nervous tu. Itulah sebabnya orang duk cakap `curiousity kills the cat'Kalau kereta berjalan tu yang menyebabkan dia gabra, maka dia akan meluru pergi ke kereta tu.

So, di sini pakcu inginlah semua kawan-kawan dan pembaca blog ni, fikirkan lah sebaik-baiknya dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk memelihara kucing. Janganlah jadikan kucing-kucing anda seperti nasib kucing jalanan di atas. Pelihara lah kucing anda dengan ikhlas kerana kucing akan sentiasa mendoakan kesejahteraan tuannya yang ikhlas memeliharanya. Ikhlas dalam ertikata ini, adalah memelihara kucing dengan sebaiknya, memberi makanan yang baik-baik, tidak membiarkan kucing lepas bermain diluar tanpa kawalan, menjaga tahap kesihatannya dan yang paling penting menghadkan jumlah kucing dipelihara mengikut kepada kemampuan masing-masing. Janganlah fikir seronok nak tengok anak-anak kucing yang comel, tapi bila dah besar dan terlampau banyak, tak mampu pula nak jaga maka jadilah dia senasib dengan kucing-kucing jalanan. Mengembiri kucing adalah jalan yang terbaik mengatasi masalah ini, dan topik ini akan Pakcu kupas di lain masa nanti.
Moga kita bertemu di lain topik nanti.....

Baru nak belajar-belajar tulis blog.... hehe


Salam dan Selamat Sejahtera semua,
Pakcu ni baru nak belajar-belajar jadi blogger ni. Sebenarnyer, Pakcu memang dah terniat lama nak bukak blog, tapi Pakcu ni jenis yang malas menulis. Kalau masa sekolah dulu, kalau nak jawab soalan karangan, Pakcu jenis yang tak ada yang buat rangka essay tu, terus tulis jer. So, diharap kepada pembaca semua, harap dapat lah terima tulisan Pakcu ni k, sebab Pakcu tulis apa yang terkeluar dari dalam kepala, tak ada nak buat rangka-rangka dulu... hehe.
So sempena hari Jumaat yang mulia (eloklah kalau nak dimulakan sesuatu tu yang baik tu, dimulakan pada hari Jumaat) bersamaan 5 Februari 2010, maka Pakcu mulakan lah cerita pertama blog Pakcu....

Kepada anda semua yang nengunjungi blog Pakcu samada dengan niat atau pun tanpa niat atau pun dengan tak disengajakan, Pakcu usapkan berbanyak-banyak terimakasih. Blog Pakcu ni open for any comments and sebarang pertanyaan, and kalau boleh biarlah tentang pets dan yang sewaktu dengannya. Pakcu seboleh-bolehnya akan respon secepat mungkin, mengikut kepada apa yang Pakcu tahu ataupun yang Pakcu mampu jawab. So, janganlah segan-segan nak tinggalkan apa jua komen anda k.

Ok, selamat membaca pakcupet.blogspot.com.....