MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan dan Boarding Hari Raya

Salam semua kawan2 dan pembaca setia blog pakcu ni. Ikhlas dari Pakcu, mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga dengan ketibaan Ramadhan, kita akan menjadi lebih bertakwa, lebih beramal dan lebih berusaha untuk mendapat lebih rahmat dan kejayaan dari Allah SWT. InsyAllah.

Tempahan Penginapan / Boarding untuk Hari Raya telah pun dibuka. Sebagaimana biasa, tempahan awal beserta deposit akan diberi keutamaan. Tempat adalah sangat terhad! Sila email ke pakcupet@yahoo.com atau sms ke 017-3838773 butir2 berikut bagi boarding booking :-
1. Nama Owner, No. Telephone
2. Nama Kucing
3. Tarikh Anggaran Boarding

Syarat2 boarding :-
1. Kucing telah divaksin (sila bawa kad)
* sekiranya belum divaksin, pihak kami akan vaksinkan dengan bayaran 35.00/seekor
* penginapan akan ditolak sekiranya tuan tidak bersetuju kucing divaksin atau
tidak mempunyai rekod vaksin.
2. Semua kucing diwajibkan rawatan kutu (frontline) dengan bayaran 15.00/seekor.
3. Anak kucing yang masih menyusu hendaklah menginap dengan ibunya sekali.
4. Kucing yang tidak sihat, berkudis, bermasalah kulit adalah tidak dibenarkan.
5. Deposit 50% dibayar semasa membuat tempahan atau pada tarikh menghantar kucing.

Caj Penginapan (Boarding)
1. Kucing Dewasa - RM 12.00/sehari/seekor
2. Anak kucing yang masih menyusu - RM 5.00/seekor/sehari

Caj Perkhidmatan Lain (Optional)
1. Mandi / Grooming : 40.00/seekor (dewasa), 20.00/seekor (anak kucing bawah 5 bulan)
2. Rawatan Fungus/ Kurap : 30.00/seekor (dua kali injection)

Terimakasih.