Pakcu Usual Pet Shop and Clinic ada menyediakan khidmat boarding (penginapan) dan grooming (dandanan). Khidmat tersebut disediakan dengan beberapa syarat yang perlu diikuti.
BOARDING (PENGINAPAN)
* Kucing atau arnab yang umor melebihi 3 bulan dan telah bercerai susu
- yang belum cukup umur hendaklah bersama dengan ibu
* Telah divaksin atau mempunyai bukti (kad) vaksin (kucing sahaja)
- kepada yang tiada bukti vaksin, pihak klinik akan melakukan vaksin dengan kos ditanggung
oleh tuan punya. Kepada yang enggan untuk divaksinkan, pihak klinik berhak menolak untuk
menyediakan khidmat boarding kepada kucing tersebut
* Pihak klinik mewajibkan semua kucing dan arnab di frontline (rawatan kutu) terlebih dahulu
dan semua kos akan ditanggung oleh tuan punya
* Pihak klinik bertanggungjawab menyediakan tempat, pasir dan makan/minum kepada semua
haiwan yang boarding. Dalam kes-kes tertentu umpamanya tuan punya adalah digalakkan
untuk membawa makanan sendiri atau menasihatkan pihak Klinikuntuk menyediakan
makanan tertentu dengan kos tambahan yang dipersetujui
* Pihak klinik sedaya upaya akan memastikan semua haiwan terjaga dan bebas dari sebarang masalah kesihatan. Sekiranya, terdapat kes-kes tertentu dimana haiwan tersebut memerlukan rawatan perubatan, pihak Klinik tidak akan teragak-agak untuk memberikannya dan segala kos akan ditanggung oleh tuan punya haiwan.
* Di Pakcu Usual Pet Shop and Clinic, tempat boarding ada lah terbuka dan sedia dikunjungi, untuk memudahkan pihak yang terlibat melihat sendiri tempat boarding yang disediakan, sebelum membuat keputusan.
* Caj Boarding adalah mengikut hari. Contohnya :- kucing/arnab yang boarding pada hari ini dan diambil esok hari, di kenakan caj boarding dua hari.
Caj Boarding adalah seperti berikut :-
Kucing Dewasa (Lebih 6 bulan) : RM 12.00 / sehari
Kucing Senior (Lebih 10 tahun) : RM 15.00 / sehari
Anak kucing : RM 2.00 / sehari
Arnab Dewasa : RM 8.00 / sehari
Anak Arnab : RM 2.00 / sehari
GROOMING (DANDANAN)
Normal Grooming :-
Mandi gunakan shampoo kucing - keringkan - cuci telinga - potong kuku - bedak anti flea : RM 35.00/seekor
Show Grooming :-
Mandi gunakan shampoo kucing - keringkan - cuci telinga - potong dan bersihkan kuku - nyah kutu / de flea - bedak anti flea and licking : RM 50.00 / seekor
Trimming bulu : RM 50.00 / seekor
Cukur Bulu : RM 50.00 / seekor
Cukur Bulu (Kucing terpaksa di bius) : RM 120.00 /seekor