MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Wednesday, June 30, 2010

KEDAI BARU SUDAH BEROPERASI SEPENUHNYA !

Salam dan Salam Sejahtera semua kawan-kawan,
Alhamdulilah dan dengan rendah diri, pakcu ingin mengumumkan bahawa kedai baru di Reko Sentral (Sila rujuk info di sebelah) telah mula beroperasi sepenuhnya seperti biasa. Cuma terdapat perubahan jadual waktu perniagaan. Kini waktu operasi adalah seperti berikut :-

Isnin - Ahad : 10.30 am - 10.30 pm
Rabu : Tutup / Close

Pakcu kini telah mula menerima tempahan boarding kucing untuk Hari Raya ini. Oleh itu, sesiapa yang berhajat untuk boarding kucing, silalah buat tempahan kerana sepertimana tahun lepas Pakcu hanya menerima sejumlah kucing sahaja, untuk menjamin keselesaan kucing. Di tahun lepas, Pakcu berasa sedih jugak kerana terpaksa menolak beberapa permohonan kerana dah over limit dan lewat, so pada tahun ini, pakcu nasihatkan buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan dan kesedihan dua-dua belah pihak.

Di atas sokongan dan minat kawan-kawan semua, pakcu dengan ikhlas mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih dan semoga kita semua sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. InsyAllah.

Nota : Kepada mereka yang ingin datang diluar dari waktu operasi di atas, silalah telefon Pakcu dahulu, InsyAllah, Pakcu akan tetap melayan anda semua.

5 comments:

  1. alhamdulillah.
    semoga pakcu dilimpahkan rezeki dengan banyak lagie dengan beroperasinya kedai baru.
    amin

    ReplyDelete
  2. Salam Pinkie...
    Terimakasih banyak atas doa Pinkie tu... semoga kita sama-sama beroleh kejayaan...

    ReplyDelete
  3. salam, nak tanya kucing saya dah 7 bulan lebih, sblm ni nak vaksin tp asik sakit mata, kalau dah 7 bulan lebih camna nak start vaksin ek?mcm ubat kutu n cacing saya dah mulakan, cuma vaksin ja belum.

    ReplyDelete
  4. Salam Che Dah,
    Sakit mata tu biasa, cuma che dah kena rajin titiskan dengan ubat mata, 2 kali sehari selama 5 hari berturut-turut. InsyAllah, elok la. Bila dah sembuh tu, cepat2 la vaksin k.

    ReplyDelete
  5. salam..pakcu, nak tanya sikit bpa kos buat vaksin kat kedai pakcu..

    ReplyDelete