MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Sunday, September 26, 2010

Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show, 3 Okt. 2010



TARIKH TUTUP DILANJUTKAN KE 30 SEPTEMBER, 2010
CLOSING DATE EXTENDED TO 30 SEPTEMBER, 2010


Berita Baik!
Berikutan sambutan dan minat yang sangat menggalakkan, pihak penganjur dengan ini telah bersetuju melanjutkan tarikh tutup ke 30 September, 2010. Pihak penganjur juga bersetuju untuk membenarkan peserta membuat bayaran penyertaan pada 3 Okt. 2010, di waktu pendaftaran. Untuk itu, kepada yang berminat, anda hanya perlu mendaftarkan kucing anda sebelum tarikh tutup di atas, dan bayar secara tunai, pada 3 Oktober, 2010.

Good News!
Due to the overwhelming responses and interest, the Organiser has agreed to extend the closing date to 30 September, 2010. The Organiser has also agreed to allow participants to make payment of entries on the Show Day, 3rd October, 2010. With this arrangement, those interested need only to register their cat/cats before the closing date, and pay entries by cash on the 3rd October, 2010.

Email details :
1. Owner Name and Telephone Number
2. Name of Cat/Cats
3. Date of Birth of Cat/Cats
4. Male or Female or Neuter
5. Longhair or Shorthair

Email Entries to malaysiahhpcatshow@yahoo.com OR
Private Message here in this forum OR
SMS details to 017 389 0398

Thanks All for the Support !
Terimakasih semua di atas Sokongan !

Monday, September 20, 2010

Great News!





GREAT NEWS !
Due to the increase in sponsorship for this show, the organizer has decided to increase the quality and quantity of prizes / entry gift given. With this, we sincerely hope, the show will bring happy, fun, informative and memorable memories to all participants and visitors :-
1. Entry Gift - A Package of food and accessories from Royal Canin and sets of accessories /toys from other sponsors
To each of participated cats
2. Rosettes and sets of accessories
To 1st – 5th Placing Cats for each category in every rings (increased from 1st -3rd placings only)
3. Package of Food from Royal Canin
To 1st – 3rd Placing Cats for each category in every rings
4. Trophies, Rosettes, Package of food from Royal Canin and sets of accessories/toys
To Best Cat in each of 10 Categories
5. Big Trophies,Big Rosettes, Big Package of food from Royal Canin and sets of accessories/toys
To Best Longhair, Best Shorthair, Best Neuter
6. Biggest Trophy, Biggest Rossete, Biggest Package of food from Royal Canin, electrical items and sets of accessories/toys

To Best In Show
Note : The prizes /gift promises is correct at this time. Should we received added sponsors within this two weeks, the quantity and quality of the prizes/gift will definitely be increased.

Again, we the organizer sincerely invites all of you to join this historic cat show and wish all of you Good Luck! And Happy Showing! In Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show.

Wednesday, September 15, 2010

Cat Show Tips....


Sedikit Tips Menyediakan Kucing Anda untuk Cat Show
Pakcu ingin lah berkongsi sedikit panduan tentang cara-cara menyediakan kucing anda bagi menyertai Cat Show. Pakcu pun bukanlah terror sangat, tapi adalah sikit ilmu dan pernah gak lah menang beberapa anugerah dalam Cat Show. So, tips ini sebagai basic lah untuk yang baru-baru nak menceburi Cat Show ini. Bila anda dah banyak kali menyertai Cat Show, tentunya pengalaman dan pengetahuan dah banyak, dan juga akan ramai lagi pakar-pakar yang lebih terror akan membantu anda. So, Go for Cat Show!..
Seelok-eloknya, persediaan untuk kucing yang baru adalah sebulan sebelum Cat Show, tetapi sekiranya kucing anda memang bersih dan tiada apa-apa masalah kesihatan dan sakit kulit, dua minggu persediaan sudah di kira memadai.

Ok, inilah perkara asas menyertai Cat Show :-
1. Pemilihan Kucing
a. Anda boleh pilih kucing apa pun, samada yang bersijil atau tidak, bulu panjang atau pendek, kecil atau pun besar.
b. Berumur mesti lebih tiga bulan.
c. Sihat dan saiz pembesaran yang sesuai.
d. Jinak dan aktif.

e. Tidak cacat anggota.
f. Lengkap rekod vaksin dan perubatannya – kalau tak lengkap, pastikan dalam tempoh sebulan persediaan tu, lengkapkan rekod perubatannya, mana yang belum pernah vaksin, vaksinkan ia selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pertandingan.

2. Persediaan

a. Mandikan kucing dengan shampoo kucing sebaik-baiknya 2 kali seminggu.

b. Buat rawatan de-flea /nyah kutu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
c. Sikat bulu kucing setiap hari, pagi dan petang. http://www.ehow.com/video_2349440_combing-long-haired-cats.html
http://www.ehow.com/video_2349439_brushing-long-haired-cats.html
d. Pastikan kuku kucing pendek/dipotong – lihat teknik yang betul memotong kuku kucing. http://www.ehow.com/video_2349441_clipping-cat-nails.html
e. Bersihkan sekelliling mata dan telinga kucing hingga ke dalam, gunakan cotton bud.
http://www.ehow.com/video_2349438_cleaning-cat-ears.html
http://www.ehow.com/video_2349437_cleaning-cat-eyes.html
f. Kurungkan kucing selalu di dalam rumah atau dalam sangkar yang besar – jangan sesekali lepaskan ia bermain di luar rumah – untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit dan dari terluka bergaduh dengan kucing di luar – kalau berpenyakit atau terluka mengambil masa yang lama untuk sembuh.
g. Biasakan kucing dengan permainan dan orang luar.
h. Selalu manjakan dan belai-belai kucing.


Sehari Sebelum Cat Show :-
1. Pastikan kad vaksin dan sijil kucing (kucing pedigree) telah disimpan dengan baik untuk dibawa esoknya. Kegagalan membawa kad vaksin akan menyebabkan penyertaan anda ditolak.
2. Bersihkan kucing sebersih-bersihnya pada hari tersebut, dan pastikan tiada kutu atau fungus di semua bahagian kucing.
3. Pastikan kuku kucing pendek dan telinga bersih.
4. Kurungkan kucing di dalam bilik atau sangkar yang besar.
5. Puasakan kucing dari makan-minum mulai jam 11 malam sebelum hari Cat Show (kurungkan kucing bersama pasir/litter box) – untuk mengelakkan kucing dari membuang najis dan air semasa cat show. Kalau ini terjadi, akan menyebabkan kucing kotor dan berbau, dan markah kebersihan akan dipotong.
6. Pastikan sikat, sedikit permainan, alas sangkar telah disimpan di satu tempat, untuk dibawa keesokan harinya.
7. Pastikan carrier kucing dibersihkan dan ditanda nama anda.
8. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada malam tersebut.

Hari Cat Show
Selalunya, Cat Show bermula dari pukul 10 pagi hingga jam 6 petang. Bagaimanapun, semua perserta dikehendaki hadir di dewan Cat Show selewat-lewatnya jam 8.30 pagi. Kelewatan akan menyebabkan penyertaan anda akan dibatalkan.
1. Bangun awal pagi. Selalunya peserta dikehendaki mendaftarkan kucing sebelum jam 8.30 pagi.
2. Pastikan kad vaksin dan segala peralatan yang perlu dibawa, telah dimasukkan dalam kereta.
3. Jangan tunjukkan kelam kabut anda atau meninggikan suara anda didepan kucing yang akan menyertai Cat Show. Ini untuk mengelakkan kucing dari stress atau panik. Seeloknya, bercakaplah dengan nada lembut pada kucing tersebut, untuk menghilangkan ketakutan dan panik kucing.
4. Bergerak awal ke Cat Show.
5. Sesampainya di sana, teruslah mendaftarkan kucing anda. Kepada yang membawa kucing pedigree, serahkan sijil tersebut pada Entry Clerk semasa pendaftaran.
6. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa oleh Vet bertugas, cubalah belai-belai kucing anda, bersihkan apa yang patut. Jangan sesekali tinggalkan kucing anda terutama kepada yang 1st timer.
7. Bertegur sapa lah dengan peserta lain dan jangan malu. Cuba jangan duduk bersendirian di satu tempat.
8. Bila giliran kucing anda untuk diperiksa oleh Vet sampai, pastikan kad vaksin kucing tersebut ada bersama anda dan diserahkan kepada Vet yang bertugas.
9. Setelah lulus pemeriksaan Vet, pastikan sekali lagi kucing anda dibersihkan dan letakkan di sangkar yang telah ditetapkan, mengikut kepada nombor sangkar yang diberikan.
10. Pastikan sangkar tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu dan alas sangkar diletakkan.
11. Setelah semua selesai, bolehlah anda berjalan-jalan dan berkenalan dengan semua perserta.

Semasa Cat Show Sedang Berjalan
1. Sentiasalah duduk dekat dengan kucing anda – untuk mengelakkan kucing anda dari stress atau takut.
2. Sentiasa ramah dan tersenyum – terutama bila ada pengunjung bertanya anda mengenai kucing anda, dan jawablah setakat mana yang anda mampu.
3. Jangan sesekali komen atau kritik kucing-kucing lain.
4. Anda tidak dibenarkan untuk memberi kucing anda makan/minum semasa show sedang berjalan.


5. Jangan sesekali marah atau menunjukkan muka garang anda, sekiranya kedapatan pengunjung yang berkasar dengan kucing anda, sebaliknya tegurlah mereka dengan cara baik.
6. Sentiasa peka dengan pengumuman semasa Cat Show, sekiranya nombor sangkar kucing anda dipanggil, cepat-cepatlah bawa untuk pengadilan.
7. Sesetengah pengadil akan bertanya kepada anda tentang kucing anda, maka jawablah dengan riang dan setakat mana yang anda mampu jawab.
8. Sekiranya kucing anda mendapat 1st place untuk kategorinya, bersedialah untuk peringkat seterusnya bagi peringkat keseluruhan pula, dan begitulah seterusnya.
9. Jangan sesekali memberitahu pengadil bahawa itu kucing anda, sekiranya anda tidak dibenarkan membawa kucing anda ke meja pengadilan. Sesetengah penganjur menyediakan steward yang ditugaskan untuk membantu pengadil.
10. Jangan sesekali menunjukkan rasa tidak puas hati anda sekiranya kucing ada gagal memenangi sebarang tempat, sebaliknya menyokong keputusan pengadil.
11. Sentiasa bertanya kepada JawatanKuasa penganjur, untuk sebarang maklumat yang anda perlukan dan berkenalanlah dengan mereka.
12. ENJOY THE SHOW…. DON’T WORRY…. BE HAPPY….

Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show

Salam Aidilfitri Semua!

Ok, time bulan Syawal ni ada Cat Show! Khas untuk non-pedigree sahaja. Maknanya, kucing-kucing bulu panjang or bulu pendek kacukan (mix), kucing-kucing kampong, kucing-kucing yang dikutip... asal sihat dan memenuhi syarat, adalah layak menyertai cat show ni. Hehe... sambil tu boleh lah kita beraya ramai-ramai kat sana!

Ok, ini poster cat show tersebut, beserta dengan peraturannya...

SELAMAT MENCUBA! GOOD LUCK! and BE HAPPY-HAPPY!




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PERATURAN AM :
• Penyertaan mestilah dibuat melalui email dengan menyertakan
butiran penyertaan sebelum tarikh tutup penyertaan
• Pihak AJK tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan
atau kehilangan semasa pertandingan dijalankan.
• Semua penyertaan mestilah kepunyaan sah pemilik
• Tiada haiwan lain dibenarkan berada di kawasan
pertandingan selain dari kucing- kucing penyertaan
• Tidak dibenarkan memberi makanan semasa penghakiman.
• Semua penyertaan perlu dikendalikan oleh steward
bertugas semasa penghakiman dan tuan punya mestilah
merujuk kepada pegawai bertugas sekiranya terdapat
sebarang masalah
• Semua penyertaan tidak boleh di bawa pulang sehingga
tamat pertandingan.
• Kucing hendaklah dibawa dengan carrier/bekas yang
selesa dan sesuai.
• Kucing mestilah dipotong kukunya
• Semua sangkar untuk pertandingan di sediakan oleh
pihak penganjur.
• Jawatankuasa berhak menolak penyertaan tanpa sebarang
alasan.
• Jawatankuasa berhak menolak penyertaan yang tiba lewat
KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD

.
PERATURAN PENYERTAAN :
• Semua penyertaan mestilah berumur 12 minggu ke atas
dan dianggap dewasa jika umur melebihi 10 bulan pada
tarikh pertandingan.
• Semua penyertaan mestilah mempunyai sijil kesihatan
veterinary yang sah dan telah disuntik vaksin Feline Entritis
dan Rhinotrachereitis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum
tarikh pertandingan.
• Semua pernyertaan mestilah menjalani pemeriksaan
veterinary bertugas dan sijil kesihatan hendaklah
diserahkan kepada beliau untuk pengesahan.
• Penyertaan yang mempunyai kutu, pepijat, terlalu kotor
dan didalam keadaan yang kurang menyenangkan atau
diseliakan dengan cara2 yang menyalahi peraturan akan
dibatalkan.

KUCING BERIKUT TIDAK LAYAK DIPERTANDINGKAN :
• Kucing-kucing bersijil FIFE / CFA / TICA
• Kucing tidak bersijil tetapi menunjukkan ciri-ciri kucing
bersijil yang sangat nyata / jelas
• Kucing garang dan agresif
• Monochid—kucing jantan yang mempunyai satu zakar
• Kucing yang dibawah pengaruh ubat pelali.
• Kucing yang di dandan berlebihan seperti diwarnakan /
di bedak berlebihan
• Kucing yang telah hilang anggota
• Kucing yang menunjukkan tanda2 kurang sihat
• Kucing yang mempunyai jari berlebihan / berkurangan
• Kucing yang nyata bunting / menyusukan anak
• Kucing yang mempunyai tanda tanda burut.
• Kucing yang telah di cabut kukunya
• Kucing yang mempunyai bisul yang belum sembuh.

PERATURAN KHAS:
• Semua peserta mestilah melipat sangkar kucing
dan memulangkan kepada tempat yang disediakan setelah
selesai pertandingan.
• Semua peserta juga diingatkan supaya membawa alas
sangkar bagi setiap ekor kucing yang di bawa.
• Semua peserta juga diingatkan supaya membawa
kad vaksin kucing anda. Kegagalan akan menyebabkan
penyertaan dibatalkan

Sunday, September 5, 2010

Macamana nak atasi masalah keguguran bulu?

Salam semua....
Dah lama jugak pakcu tak update blog ni. Bukan apa, sekarang ni agak busy dengan bulan puasa dan persiapan untuk boarding kucing pada musim hari raya ni. Bagaimana pun, hari ni pakcu nak bagi tips2 untuk masalah kat atas tu, sebab ramai yang tanya tu...

Ok, pertamanya... semua harus faham bahawa semua kucing, tak kira apa baka pun, akan keguguran bulunya bila dia mencapai tempoh. Ini normal dan tak perlu risau. Yang tak normalnya, bila dia keguguran terlalu banyak bulu, sampai nampak botak2 kat badan, atau bila kucing duduk kat satu tempat dia meninggalkan terlalu banyak bulu di situ.

Punca Masalah Keguguran Bulu

Terdapat banyak punca masalah ni. Bagaimana pun yang paling utama adalah :-
1. Stress - stress ni berpunca dari macam2 - stress nak mating (mengawan), stress dengan kucing atau haiwan lain, stress kucing baru beranak, stress sebab jemu dengan makanan atau makanan yang tak sesuai, stress disebabkan sakit kulit, stress disebabkan tak sihat, stress dengan tempat baru, stress disebabkan tak ada kawan atau sedih dengan kematian kawan, dan macam2 lagi.
2. Makanan tak sesuai - selalunya jenama murahan adalah penyebab utama kepada masalah ni. Paling takut, bukan saja dapat masalah keguguran bulu, tapi merebak ke sakit-sakit lain yang serius seperti masalah batu karang, masalah buang najis dan kencing dan sebagainya.

Oleh itu kenal pasti dulu perkara berikut :-
1. Punca Stress
Contoh - Stress nak kawin/mating - so kena carikan pasangan atau mandulkan kucing. Mandulkan kucing tak salah/tak dosa, malah hukumnya harus (Jakim dah keluarkan fatwa tersebut)untuk mengelakkan banyak kucing terbiar dan tak terjaga. Stress sebab kehilangan kawan - so carikan kawan dia, dan seterusnya. Yang penting, kenalpasti punca stress dan cuba kurangkan stress tersebut.

2. Tukar Jenama Makanan
Seperti manusia, 90% masalah kesihatan adalah berpunca dari apa yang di makan. Dan, 90% dari masalah keguguran bulu kucing adalah disebabkan makanan yang tak sesuai. Dan, 90% dari masalah ini disebabkan oleh makanan murahan. Jadi, kalau kita dok beri makanan murahan ini, maka cepatlah tukar ke jenama yang lebih elok yang ada tulis premium atau super premium food. Mungkin ada yang cakap, kucing saya tak mahu makan yang lain. Yang sebetulnya, semua kucing tak suka perubahan, tapi demi untuk kebaikan semua, jangan diikutkan sangat perangai kucing. Sebab kalau dia lapar, dia mesti makan jugak tu... hehehe. Tapi kalau kucing ada masalah dengan makanan yang baru seperti muntah, itu normal... beri masa 2/3 hari. Tapi kalau dia cirit/birit dan moyok, stopla makanan baru tu dan cuba yang lain pulak.

3. Selalu Belai dan Sikat

Belaian dan sikat tu sebenarnya terapi untuk kucing dan tuan dia. Nak-nak kucing bulu panjang/parsi. Kucing bulu panjang akan rasa lebih selamat dan happy kalau selalu dibelai dan disikat bulunya hari2. Jadi, kalau kucing happy, dia akan lebih sihat dan kurang rasa stress.

So, pakcu harap tips2 ni dapat membantu kawan-kawan semua. Yang penting, kita cuba dengan apa yang kita mampu. Janganlah kita aniaya kucing2 kita dengan penjagaan yang tak terurus atau disebabkan kemalasan kita. Kalau kita ikhlas nak jaga kucing, nak kucing cantik, nak kucing sihat, maka berusaha la dengan sebaiknya. Langkah pertama paling bagus ialah dengan memberi makanan yang baik-baik. Dan seterusnya...