MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Wednesday, September 15, 2010

Cat Show Tips....


Sedikit Tips Menyediakan Kucing Anda untuk Cat Show
Pakcu ingin lah berkongsi sedikit panduan tentang cara-cara menyediakan kucing anda bagi menyertai Cat Show. Pakcu pun bukanlah terror sangat, tapi adalah sikit ilmu dan pernah gak lah menang beberapa anugerah dalam Cat Show. So, tips ini sebagai basic lah untuk yang baru-baru nak menceburi Cat Show ini. Bila anda dah banyak kali menyertai Cat Show, tentunya pengalaman dan pengetahuan dah banyak, dan juga akan ramai lagi pakar-pakar yang lebih terror akan membantu anda. So, Go for Cat Show!..
Seelok-eloknya, persediaan untuk kucing yang baru adalah sebulan sebelum Cat Show, tetapi sekiranya kucing anda memang bersih dan tiada apa-apa masalah kesihatan dan sakit kulit, dua minggu persediaan sudah di kira memadai.

Ok, inilah perkara asas menyertai Cat Show :-
1. Pemilihan Kucing
a. Anda boleh pilih kucing apa pun, samada yang bersijil atau tidak, bulu panjang atau pendek, kecil atau pun besar.
b. Berumur mesti lebih tiga bulan.
c. Sihat dan saiz pembesaran yang sesuai.
d. Jinak dan aktif.

e. Tidak cacat anggota.
f. Lengkap rekod vaksin dan perubatannya – kalau tak lengkap, pastikan dalam tempoh sebulan persediaan tu, lengkapkan rekod perubatannya, mana yang belum pernah vaksin, vaksinkan ia selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh pertandingan.

2. Persediaan

a. Mandikan kucing dengan shampoo kucing sebaik-baiknya 2 kali seminggu.

b. Buat rawatan de-flea /nyah kutu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
c. Sikat bulu kucing setiap hari, pagi dan petang. http://www.ehow.com/video_2349440_combing-long-haired-cats.html
http://www.ehow.com/video_2349439_brushing-long-haired-cats.html
d. Pastikan kuku kucing pendek/dipotong – lihat teknik yang betul memotong kuku kucing. http://www.ehow.com/video_2349441_clipping-cat-nails.html
e. Bersihkan sekelliling mata dan telinga kucing hingga ke dalam, gunakan cotton bud.
http://www.ehow.com/video_2349438_cleaning-cat-ears.html
http://www.ehow.com/video_2349437_cleaning-cat-eyes.html
f. Kurungkan kucing selalu di dalam rumah atau dalam sangkar yang besar – jangan sesekali lepaskan ia bermain di luar rumah – untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit dan dari terluka bergaduh dengan kucing di luar – kalau berpenyakit atau terluka mengambil masa yang lama untuk sembuh.
g. Biasakan kucing dengan permainan dan orang luar.
h. Selalu manjakan dan belai-belai kucing.


Sehari Sebelum Cat Show :-
1. Pastikan kad vaksin dan sijil kucing (kucing pedigree) telah disimpan dengan baik untuk dibawa esoknya. Kegagalan membawa kad vaksin akan menyebabkan penyertaan anda ditolak.
2. Bersihkan kucing sebersih-bersihnya pada hari tersebut, dan pastikan tiada kutu atau fungus di semua bahagian kucing.
3. Pastikan kuku kucing pendek dan telinga bersih.
4. Kurungkan kucing di dalam bilik atau sangkar yang besar.
5. Puasakan kucing dari makan-minum mulai jam 11 malam sebelum hari Cat Show (kurungkan kucing bersama pasir/litter box) – untuk mengelakkan kucing dari membuang najis dan air semasa cat show. Kalau ini terjadi, akan menyebabkan kucing kotor dan berbau, dan markah kebersihan akan dipotong.
6. Pastikan sikat, sedikit permainan, alas sangkar telah disimpan di satu tempat, untuk dibawa keesokan harinya.
7. Pastikan carrier kucing dibersihkan dan ditanda nama anda.
8. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada malam tersebut.

Hari Cat Show
Selalunya, Cat Show bermula dari pukul 10 pagi hingga jam 6 petang. Bagaimanapun, semua perserta dikehendaki hadir di dewan Cat Show selewat-lewatnya jam 8.30 pagi. Kelewatan akan menyebabkan penyertaan anda akan dibatalkan.
1. Bangun awal pagi. Selalunya peserta dikehendaki mendaftarkan kucing sebelum jam 8.30 pagi.
2. Pastikan kad vaksin dan segala peralatan yang perlu dibawa, telah dimasukkan dalam kereta.
3. Jangan tunjukkan kelam kabut anda atau meninggikan suara anda didepan kucing yang akan menyertai Cat Show. Ini untuk mengelakkan kucing dari stress atau panik. Seeloknya, bercakaplah dengan nada lembut pada kucing tersebut, untuk menghilangkan ketakutan dan panik kucing.
4. Bergerak awal ke Cat Show.
5. Sesampainya di sana, teruslah mendaftarkan kucing anda. Kepada yang membawa kucing pedigree, serahkan sijil tersebut pada Entry Clerk semasa pendaftaran.
6. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa oleh Vet bertugas, cubalah belai-belai kucing anda, bersihkan apa yang patut. Jangan sesekali tinggalkan kucing anda terutama kepada yang 1st timer.
7. Bertegur sapa lah dengan peserta lain dan jangan malu. Cuba jangan duduk bersendirian di satu tempat.
8. Bila giliran kucing anda untuk diperiksa oleh Vet sampai, pastikan kad vaksin kucing tersebut ada bersama anda dan diserahkan kepada Vet yang bertugas.
9. Setelah lulus pemeriksaan Vet, pastikan sekali lagi kucing anda dibersihkan dan letakkan di sangkar yang telah ditetapkan, mengikut kepada nombor sangkar yang diberikan.
10. Pastikan sangkar tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu dan alas sangkar diletakkan.
11. Setelah semua selesai, bolehlah anda berjalan-jalan dan berkenalan dengan semua perserta.

Semasa Cat Show Sedang Berjalan
1. Sentiasalah duduk dekat dengan kucing anda – untuk mengelakkan kucing anda dari stress atau takut.
2. Sentiasa ramah dan tersenyum – terutama bila ada pengunjung bertanya anda mengenai kucing anda, dan jawablah setakat mana yang anda mampu.
3. Jangan sesekali komen atau kritik kucing-kucing lain.
4. Anda tidak dibenarkan untuk memberi kucing anda makan/minum semasa show sedang berjalan.


5. Jangan sesekali marah atau menunjukkan muka garang anda, sekiranya kedapatan pengunjung yang berkasar dengan kucing anda, sebaliknya tegurlah mereka dengan cara baik.
6. Sentiasa peka dengan pengumuman semasa Cat Show, sekiranya nombor sangkar kucing anda dipanggil, cepat-cepatlah bawa untuk pengadilan.
7. Sesetengah pengadil akan bertanya kepada anda tentang kucing anda, maka jawablah dengan riang dan setakat mana yang anda mampu jawab.
8. Sekiranya kucing anda mendapat 1st place untuk kategorinya, bersedialah untuk peringkat seterusnya bagi peringkat keseluruhan pula, dan begitulah seterusnya.
9. Jangan sesekali memberitahu pengadil bahawa itu kucing anda, sekiranya anda tidak dibenarkan membawa kucing anda ke meja pengadilan. Sesetengah penganjur menyediakan steward yang ditugaskan untuk membantu pengadil.
10. Jangan sesekali menunjukkan rasa tidak puas hati anda sekiranya kucing ada gagal memenangi sebarang tempat, sebaliknya menyokong keputusan pengadil.
11. Sentiasa bertanya kepada JawatanKuasa penganjur, untuk sebarang maklumat yang anda perlukan dan berkenalanlah dengan mereka.
12. ENJOY THE SHOW…. DON’T WORRY…. BE HAPPY….

7 comments:

  1. saya 'pinjam' posting Pakcu ni ya..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Hehe... bole je Suraya. Nanti kempen kan dengan kawan-kawan lain masuk show k..

    ReplyDelete
  3. dalam masa terdekat ni dimana ada cat show ya?

    ReplyDelete
  4. Suraya, Cat Show ada pada 3 Oktober, di South City Plaza, Seri Kembangan. Info ada dalam blog pakcu ni. Thanks suraya...

    ReplyDelete
  5. salam pakcu nak tanya sikit...kucing saya ni lalluna ni mcam ada maslah sikit lah..dia mcam nak muntah je pastu bersin2 lak..dah 2,3 hari dah mcam tu..mood je lak..kenapa agaknya ek..risau lah gak..dah bawak gi klinik dah kat area rumah saya,tapi doc tu ckap tak da apa2..
    kenapa lah agaknya..hani dah risau je tu..

    ReplyDelete
  6. Salam Nass
    Sorry lambat reply. Setelah Vet pakcu tengok, dia tak ada apa sebenarnya. Cuma dia nak keluarkan hairball tu. Setelah kita bagi gel untuk dia mudahkan keluar hairball, dia dah ok kan? Hehehe... tak perlu panik... hehee

    ReplyDelete