MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Wednesday, September 15, 2010

Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show

Salam Aidilfitri Semua!

Ok, time bulan Syawal ni ada Cat Show! Khas untuk non-pedigree sahaja. Maknanya, kucing-kucing bulu panjang or bulu pendek kacukan (mix), kucing-kucing kampong, kucing-kucing yang dikutip... asal sihat dan memenuhi syarat, adalah layak menyertai cat show ni. Hehe... sambil tu boleh lah kita beraya ramai-ramai kat sana!

Ok, ini poster cat show tersebut, beserta dengan peraturannya...

SELAMAT MENCUBA! GOOD LUCK! and BE HAPPY-HAPPY!




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
PERATURAN AM :
• Penyertaan mestilah dibuat melalui email dengan menyertakan
butiran penyertaan sebelum tarikh tutup penyertaan
• Pihak AJK tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan
atau kehilangan semasa pertandingan dijalankan.
• Semua penyertaan mestilah kepunyaan sah pemilik
• Tiada haiwan lain dibenarkan berada di kawasan
pertandingan selain dari kucing- kucing penyertaan
• Tidak dibenarkan memberi makanan semasa penghakiman.
• Semua penyertaan perlu dikendalikan oleh steward
bertugas semasa penghakiman dan tuan punya mestilah
merujuk kepada pegawai bertugas sekiranya terdapat
sebarang masalah
• Semua penyertaan tidak boleh di bawa pulang sehingga
tamat pertandingan.
• Kucing hendaklah dibawa dengan carrier/bekas yang
selesa dan sesuai.
• Kucing mestilah dipotong kukunya
• Semua sangkar untuk pertandingan di sediakan oleh
pihak penganjur.
• Jawatankuasa berhak menolak penyertaan tanpa sebarang
alasan.
• Jawatankuasa berhak menolak penyertaan yang tiba lewat
KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD

.
PERATURAN PENYERTAAN :
• Semua penyertaan mestilah berumur 12 minggu ke atas
dan dianggap dewasa jika umur melebihi 10 bulan pada
tarikh pertandingan.
• Semua penyertaan mestilah mempunyai sijil kesihatan
veterinary yang sah dan telah disuntik vaksin Feline Entritis
dan Rhinotrachereitis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum
tarikh pertandingan.
• Semua pernyertaan mestilah menjalani pemeriksaan
veterinary bertugas dan sijil kesihatan hendaklah
diserahkan kepada beliau untuk pengesahan.
• Penyertaan yang mempunyai kutu, pepijat, terlalu kotor
dan didalam keadaan yang kurang menyenangkan atau
diseliakan dengan cara2 yang menyalahi peraturan akan
dibatalkan.

KUCING BERIKUT TIDAK LAYAK DIPERTANDINGKAN :
• Kucing-kucing bersijil FIFE / CFA / TICA
• Kucing tidak bersijil tetapi menunjukkan ciri-ciri kucing
bersijil yang sangat nyata / jelas
• Kucing garang dan agresif
• Monochid—kucing jantan yang mempunyai satu zakar
• Kucing yang dibawah pengaruh ubat pelali.
• Kucing yang di dandan berlebihan seperti diwarnakan /
di bedak berlebihan
• Kucing yang telah hilang anggota
• Kucing yang menunjukkan tanda2 kurang sihat
• Kucing yang mempunyai jari berlebihan / berkurangan
• Kucing yang nyata bunting / menyusukan anak
• Kucing yang mempunyai tanda tanda burut.
• Kucing yang telah di cabut kukunya
• Kucing yang mempunyai bisul yang belum sembuh.

PERATURAN KHAS:
• Semua peserta mestilah melipat sangkar kucing
dan memulangkan kepada tempat yang disediakan setelah
selesai pertandingan.
• Semua peserta juga diingatkan supaya membawa alas
sangkar bagi setiap ekor kucing yang di bawa.
• Semua peserta juga diingatkan supaya membawa
kad vaksin kucing anda. Kegagalan akan menyebabkan
penyertaan dibatalkan

4 comments:

  1. pakcu.,
    agak2 kucing hitam saya layak x?

    ReplyDelete
  2. pakcu.,
    agak2 kucing hitam saya layak x?

    ReplyDelete
  3. salam hanif,
    semua kucing kalau sihat dan memenuhi syarat-syarat pertandingan, adalah layak menyertai show ni. n selalunya kucing hitam menjadi pilihan kebanyakan judges, sekiranya ia diseliakan dengan baik, jinak, bersih dan aktif. Daftarkan cepat2 hanif!

    ReplyDelete
  4. salam pak cu budak lalluna ni mcam ada peblem lak,,mcam nak muntah je berin tu sekali2 lah..mcm tak da mood lak..dah bawak gak gi klinik kat area umah ni..doc kata tak da apa2..dia bagi injiction pastu bagi ubat antibiotic ngan vitamin...tapi still cam tu gak..risau jak tengok dia.hani risau je..siang mlm ngan lalluna je,,agak2 pakcu kenapa agak nya ek.. risau gak ni.

    ReplyDelete