MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Sunday, September 5, 2010

Macamana nak atasi masalah keguguran bulu?

Salam semua....
Dah lama jugak pakcu tak update blog ni. Bukan apa, sekarang ni agak busy dengan bulan puasa dan persiapan untuk boarding kucing pada musim hari raya ni. Bagaimana pun, hari ni pakcu nak bagi tips2 untuk masalah kat atas tu, sebab ramai yang tanya tu...

Ok, pertamanya... semua harus faham bahawa semua kucing, tak kira apa baka pun, akan keguguran bulunya bila dia mencapai tempoh. Ini normal dan tak perlu risau. Yang tak normalnya, bila dia keguguran terlalu banyak bulu, sampai nampak botak2 kat badan, atau bila kucing duduk kat satu tempat dia meninggalkan terlalu banyak bulu di situ.

Punca Masalah Keguguran Bulu

Terdapat banyak punca masalah ni. Bagaimana pun yang paling utama adalah :-
1. Stress - stress ni berpunca dari macam2 - stress nak mating (mengawan), stress dengan kucing atau haiwan lain, stress kucing baru beranak, stress sebab jemu dengan makanan atau makanan yang tak sesuai, stress disebabkan sakit kulit, stress disebabkan tak sihat, stress dengan tempat baru, stress disebabkan tak ada kawan atau sedih dengan kematian kawan, dan macam2 lagi.
2. Makanan tak sesuai - selalunya jenama murahan adalah penyebab utama kepada masalah ni. Paling takut, bukan saja dapat masalah keguguran bulu, tapi merebak ke sakit-sakit lain yang serius seperti masalah batu karang, masalah buang najis dan kencing dan sebagainya.

Oleh itu kenal pasti dulu perkara berikut :-
1. Punca Stress
Contoh - Stress nak kawin/mating - so kena carikan pasangan atau mandulkan kucing. Mandulkan kucing tak salah/tak dosa, malah hukumnya harus (Jakim dah keluarkan fatwa tersebut)untuk mengelakkan banyak kucing terbiar dan tak terjaga. Stress sebab kehilangan kawan - so carikan kawan dia, dan seterusnya. Yang penting, kenalpasti punca stress dan cuba kurangkan stress tersebut.

2. Tukar Jenama Makanan
Seperti manusia, 90% masalah kesihatan adalah berpunca dari apa yang di makan. Dan, 90% dari masalah keguguran bulu kucing adalah disebabkan makanan yang tak sesuai. Dan, 90% dari masalah ini disebabkan oleh makanan murahan. Jadi, kalau kita dok beri makanan murahan ini, maka cepatlah tukar ke jenama yang lebih elok yang ada tulis premium atau super premium food. Mungkin ada yang cakap, kucing saya tak mahu makan yang lain. Yang sebetulnya, semua kucing tak suka perubahan, tapi demi untuk kebaikan semua, jangan diikutkan sangat perangai kucing. Sebab kalau dia lapar, dia mesti makan jugak tu... hehehe. Tapi kalau kucing ada masalah dengan makanan yang baru seperti muntah, itu normal... beri masa 2/3 hari. Tapi kalau dia cirit/birit dan moyok, stopla makanan baru tu dan cuba yang lain pulak.

3. Selalu Belai dan Sikat

Belaian dan sikat tu sebenarnya terapi untuk kucing dan tuan dia. Nak-nak kucing bulu panjang/parsi. Kucing bulu panjang akan rasa lebih selamat dan happy kalau selalu dibelai dan disikat bulunya hari2. Jadi, kalau kucing happy, dia akan lebih sihat dan kurang rasa stress.

So, pakcu harap tips2 ni dapat membantu kawan-kawan semua. Yang penting, kita cuba dengan apa yang kita mampu. Janganlah kita aniaya kucing2 kita dengan penjagaan yang tak terurus atau disebabkan kemalasan kita. Kalau kita ikhlas nak jaga kucing, nak kucing cantik, nak kucing sihat, maka berusaha la dengan sebaiknya. Langkah pertama paling bagus ialah dengan memberi makanan yang baik-baik. Dan seterusnya...

4 comments:

  1. tu lah. mak dia pun pening tengok banyak bulu.hehe. dah tukar makan bw pun still gugur gak pakcu. dulu masa makan rc, well..mmg bagus lah kan...tp kalaulah hrga rc tu mcm bw, sorga! =)

    ReplyDelete
  2. skrg kucing sy kena keguguran bulu. umur dy lebih kurang 5 bulan. Sy bagi dy makan whiskas junior. setiap hari saya bagi kucing saya keluar jalan-jalan utk dia jumpa kawan2 dia. So, adakah sebab makanan yg tak sesuai ataupun jangkitan drpd kawan2 kucing sy?

    ReplyDelete
  3. Miya,
    thanks sebab baca blog pakcu ni. macam tulis dlm blog tu, keguguran bulu banyak sebab. dan antara sebab utama adalah makanan yang tak sesuai (majoritinya makanan murahan dan bukan premium). Pakcu cadangkan miya tukar makanan tu ke jenis premium atau pun super premium, dan jangan lepaskan kucing bermain diluar bagi mengelakkan dia dari jangkitan sakit dan fungal yang berjangkit dari kucing luar. thanks miya.

    ReplyDelete
  4. salam pakcu..selain bg makan premium cam bw or cat eyes, sy ada bg makanan dlm tin yg murah tu..pakcu rasa ada kesan ke pd bulu jatuh?

    thanks pakcu..very informative blog..well done.

    ReplyDelete