MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Saturday, February 13, 2010

Pantang Kucing : Kebenaran atau Kebetulan...


Salam dan Selamat Sejahtera Semua...
Hari ni pakcu nak celoteh pasal satu topik yang pakcu rasa agak menarik. Topik ni rasanya ramai dari kita yang pernah experience, dengar dan tengok. Pakcu pun, sejak bela kucing dah banyak kali experience and dengar.
Ok, kita duk dengar banyak sangat pantang atau kepercayaan kat kucing. Benda ni terjadi, sebab kucing ni sangat rapat dengan kita. Bila kita dah sayang sangat pada kucing, so apa yang terjadi kat kucing tu kita nak ambil tahu. Ada perubahan sikit pada perangai dia, kita dah ingat macam-macam. Bila dia mengiau bunyi lain macam sikit, kita ingat dia dah kena sampuk or ternampak benda macam-macam. Hehe... pakcu dulu pun macam tu, tapi lepas dah banyak baca, pengalaman, ada benda yang kita boleh explain, ada jugak benda yang jadi misteri.

So antara pantang/kepercayaan tu :-

1. Jangan ambil gambar kucing, nanti dia mati cepat
2. Jangan potong kuku kucing, nanti kucing mati
3. Kucing hitam bawak sial
4. Jangan berniat nak beri/jual anak kucing, nanti anak kucing mati
5. Jangan kembirikan, nanti kucing jadi moyok atau tak aktif, cepat mati
6. Kucing tak boleh belai-belai sangat, nanti lambat besar
7. Kucing kalau nak mati, dia akan lari dari rumah
8. Jangan potong misai kucing, nanti kucing jadi bodoh

Ok, this is pakcu nye pendapat pasal perkara di atas. Ini pendapat peribadi pakcu dan terpulanglah pada semua samada bersetuju atau tidak. Pendapat pakcu ni lahir melalui kajian, pembacaan dan pengalaman pakcu sendiri.

1. Jangan ambil gambar kucing, nanti dia mati cepat
- Ini antara pantang yang selalu kita dengar dan telah kita dengar sejak ujudnya kamera. Pada pakcu pantang ni sebenarnya lebih kepada larangan mengambil gambar kucing. Mengikut kajian saintifik, kucing yang terdedah pada flash kamera yang tepat ke matanya, boleh mengakibatkan degupan jantung kucing terganggu. Sekiranya terlampau selalu di dedahkan dengan flash kamera maka perjalanan jantung kucing akan semakin lama semakin lemah dan tidak menentu. Itulah sebabnya, bila ada cat show, pihak penaja atau organiser akan menasihatkan pengunjung supaya tidak mengambil gambar kucing dengan flash. Sebab ini boleh dikhuatiri memudaratkan kucing.
- Tetapi kalau setakat mengambil gambar tanpa flash, pada pakcu beratus-ratus kali pun tak apa. Kucing pakcu rasanya dah beratus kali diambil gambar, tapi Alhamdulilah setakat ini, elok jer sihat dia. Cuma kena pastikan flash tak terpasang dan tidak terlampau rapat dengan kucing.
- Pada anak kucing yang baru lahir, pakcu tak akan ambil gambarnyer, walaupun tanpa flash. Ini pada pakcu untuk menjaga hati ibunya dan mengelakkan anak kucing tu dari terkena pancaran flash pada matanya yang baru nak melihat. Selepas sebulan, barulah pakcu berani nak ambil gambar tapi semestinya tanpa flash.

So, kesimpulannya, pada pakcu ambil gambar kucing tak ada kesalahannya, cuma pastikan tiada penggunaan flash dan tidak terlalu dekat.

2. Jangan potong kuku kucing, nanti kucing mati
- Ini jugak antara pantang/kepercayaan lama. Dulu, masa pakcu mula-mula bela kucing, ada seorang rakan pakcu nasihatkan jangan potong kuku kucing, sebab dia pernah potong kuku kucing dia, esoknyer kucing dia mati.
- Setelah pakcu baca dan tanya rakan-rakan lain, sebenarnya amalan potong kuku kucing ini amalan yang sihat. Kekerapan yang paling sesuai ialah setiap dua minggu. Dengan potong kuku kucing, ia akan mengelakkan dari badan nya terluka atau infection. Kucing selalu menggaru badannya dan tak mustahil akan terluka kalau kukunya tajam dan tak dipotong. Bagaimana pun, memotong kuku ni ada tekniknya, jangan potong sampai kepangkal, potong dihujungnya (bahagian jernih/putih dan bukan di bahagian pink) sahaja. Lihat gambar dibawah cara yang betul memotong kuku kucing. Rupanya, rakan pakcu dulu tu potong kuku sampai kepangkal, tu la sebab nya kucing dia mati akibat pendarahan kuku yang terlampau banyak.

- Juga pakcu berpendapat, amalan potong kuku kucing ni sesuai kalau kucing-kucing anda tidak dipelihara untuk menangkap tikus, dan tidak dibiarkan berkeliaran di luar rumah. Sebaik-baiknya belilah cat scratcher dan latih dia supaya mencakar scratcher dari mencakar perabut rumah.
- Bagi kucing yang dilepaskan di luar rumah - pakcu tak galakkan lah, seboleh-bolehnya jangan lah potong kuku dia. Kalau potong kuku dia, akan mengakibatkan dia rasa rendah diri dan hilang keyakinan bila berjumpa kucing lain. Juga, akan mengakibatkan keupayaan dia memanjat pokok terbatas. Ini akan menjadikan kucing stress dan moyok.

So, kesimpulannya, pada pakcu boleh potong kuku kucing tapi dengan teknik yang betul. Juga pastikan kucing itu, kucing yang tidak dilepaskan berkeliaran bermain di luar rumah. Lagi satu, cat show mewajibkan semua kucing yang menyertai, dipotong kukunya, jadi pantang potong kuku kucing rasanya tak benar. Kecuali pada kucing yang dibela dengan tujuan tertentu atau yang berkeliaran di luar, pada pakcu amalan potong kuku kucing ini sangat baik untuk diamalkan.

3. Kucing hitam bawak sial
- Pada pakcu, ini kepercayaan karut dan khurafat. Tiada satu pun haiwan atau makhluk ciptaan Tuhan dijadikan untuk membawa sial. Mungkin disebabkan color dia hitam, dan agak menakutkan bagi sesetengah orang, maka dia di anggap bawak sial. Ini satu penganiayaan pada kucing hitam. sebenarnya, kucing hitam juga cantik dengan gayanyer yang tersendiri. Banyak pertandingan kucing antarabangsa telah dimenangi oleh kucing berbulu hitam.

So, kesimpulannya, kucing hitam tidak langsung membawa sial. Sebaliknya jika dijaga dengan ikhlas, kucing hitam selalu membawa tuah pada tuannya.


4. Jangan berniat nak beri/jual anak kucing, nanti anak kucing mati
- Ini salah satu pantang/kepercayaan yang pada pakcu satu misteri. Walaupun, pakcu percaya ini satu kebetulan dan ajal maut tu semua di tangan Tuhan, tapi kebetulannya terlampau kerap terjadi untuk pakcu menafikannnya 100%. Pakcu pernah diberitahu oleh rakan pakcu tentang ni, tapi pakcu kurang percaya, tetapi bila dah terjadi beberapa kali pada pakcu, so pakcu tidaklah berani menafikannya 100%. Ini pengalaman pakcu :-
a. Bila ada kucing bunting, pakcu terniat nak bagi anak kucing pada sedara or kawan-kawan, bila tiba masa kucing beranak, semua anak dia mati atau dimakan oleh ibunya.

b. Bila ada ibu kucing yang baru beranak, semua berebut-rebut nak anak dia, sampai ada lak yang bayar booking, adalak yang kecik hati bila tak sempat booking. Semua ini disaksikan oleh ibu kucing tersebut. Lebih kurang sebulan selepas tu, ibu kucing mula dah tak jaga anak dia dan tak nak menyusukan anak dia. Tak lama lepas tu, semua mati.

c. Bila ada orang yang tunjuk anak kucing yang dia nak didepan ibu nya, tak semena-mena, anak kucing yang satu tu mati. Dah dua kali jadi kat pakcu.
- Pada pakcu, walaupun ini satu kebetulan, tapi pakcu percaya setiap makhluk Tuhan yang bernyawa dikurniakan perasaan. Bayangkanlah, sekiranya belum sempat lagi ibu kucing tu nak memanjakan anaknya, ada pulak suara-suara atau usaha nak pisahkan dia dari anaknya. Tentulah si ibu merajuk dan kecik hati. Jadi untuk menggagalkan usaha itu, tak mustahil kalau si ibu bertindak membunuh atau tidak menyusukan anak-anaknya, supaya tidak terlepas ke tangan orang lain.

So, kesimpulannya, walaupun tiada kajian saintifik membuktikan fenomena ini, tapi melalui pengalaman pakcu itu, sekarang pakcu tidak akan lagi berniat begitu pada setiap kucing yang bunting. Juga, pakcu tak lagi membenarkan anak-anak kucing kurang dari dua bulan untuk dibooking. Jika ada yang berminat, pakcu nasihatkan jangan beritahu di depan ibu kucing, atau menunjuk/mengambil anak kucing tersebut dari ibunya. Selepas jauh dari ibunya, maka beritahulah pakcu, tapi pakcu tak akan berjanji atau mengambil bayaran. Kalau ada rezeki nanti, dapatlah. Itu yang pakcu buat sekarang. Alhamdulilah, dengan keizinanNYA jua, tak ada yang mati atau dimakan oleh ibunya. So, kepada semua, ini cuma pendapat dan pengalaman pakcu, so terpulanglah samada nak percaya atau tidak.


5. Jangan kembirikan, nanti kucing jadi moyok atau tak aktif, cepat mati
- Ini satu pantang/kepercayaan pada pakcu yang tidak harus diikuti. Tiada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini. Sebaliknya, semua bukti saintifik, membuktikan kucing yang dikembiri menjadi lebih sihat, cantik, besar, aktif dan manja. Pengalaman pakcu membuktikan semua ini, itulah sebabnya 90% kucing pakcu semua telah dikembiri. Selain dari kucing jadi sihat, juga untuk mengawal pembiakan kucing-kucing liar yang tidak terjaga sekiranya jumlah nya nanti menjadi terlampau banyak. Sila rujuk kepada celoteh pakcu yang terdahulu pasal kembiri kucing ini.

So, kesimpulannya, pantang kembiri ini tidaklah tepat langsung. Bagaimanapun, ini juga terpulang kepada semua dan bergantung pada niat masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

6. Kucing tak boleh belai-belai sangat, nanti lambat besar
- Ini pada pakcu hanya terpakai pada anak-anak kucing yang baru lahir. Kalau terlampau kerap membelai anak-anak kucing, ditakuti bau tangan kita akan lekat pada anak kucing, menyebabkan hilang bau semualajadi si ibu, nanti ibu tak akan memanjakan anaknya dan tidak lagi kerap menyusukan anaknya. Bukti saintifik ada menyokong kenyataan ini, dan ada yang mengatakan bayi manusia atau anak-anak kecil tidak digalakkan menyentuh anak kucing yang baru lahir.
- Selepas anak kucing tu bercerai susu (3 bulan), rasanya tak ada salah untuk membelainya sekerap yang mahu. Lagi manja kucing dengan kita, lagi dia happy dan sihat, maka lagi ccepat dia besar.


So, kesimpulannya, pantang ni pada pakcu untuk kucing-kucing yang belum bercerai susu sahaja. Kepada kucing besar tak mengapa, malah sangat digalakkan untuk kita memanja dan membelai kucing kita selalu.


7. Kucing kalau nak mati, dia akan lari dari rumah
- Ini pada pakcu satu kebetulan. Yang sebenarnya, dia lari adalah untuk mengubati sakit dia. Kadang-kadang kucing ni ada sakit tapi kita tak nampak. Bila dia duduk dirumah, dia jadi serbasalah sebab tuan dia tak usaha ubati sakit dia. Bila dah tak tertahan, dia akan keluar rumah dua tiga hari, dan selalunya bila sakit dia dah makin parah. Selalunya terjadi pada kucing-kucing tua.
- Juga ada yang mati kat luar rumah disebabkan oleh faktor lain seperti bergaduh, cedera di kerjakan binatang lain, dilanggar kenderaan dan sebagainya.


So, kesimpulannya, ini hanya kebetulan. banyak juga kucing yang mati didalam rumah. Oleh itu sekiranya kalau kucing anda keluar rumah, usahalah mencarinya, janganlah cepat percaya pantang/kepercayaan ini. Sekiranya anda sayang kucing tersebut, jagalah dia dengan ikhlas dan jangan cepat putus asa kalau ada apa-apa mterjadi padanya.


8. Jangan potong misai kucing, nanti kucing jadi bodoh
- Ini pada pakcu, pantang yang ada benarnya dan juga disokong oleh bukti saintifik. Misai pada kucing adalah salah satu deria rasanya. Misai nya digunakan untuk mengagak jauh dekat benda atau ancaman sekelilingnya, misainya juga digunakan untuk mempastikan bau yang dihidunya. Lagi panjang misai, lagi tajam deria rasanya. Kalau misai dipotong, ini akan membataskan pergerakkannya dan benar dia akan menjadi tidak aktif dan serbasalah.

So, kesimpulannya, jangan dipotong misai kucing. Kalau potong bukanlah akan membuatkan kucing tu menjadi bodoh, tapi kucing akan confuse atau serbasalah.

So, ini lah saja celoteh pakcu buat kali ni. Moga bertemu di lain topik akan datang nanti. Terimakasih semua kerana sudi membaca blog pakcu ni.

2 comments:

  1. Hye pakcu.thanx 4 da info..
    Btw,ashue setuju dgn pendapat pakcu..
    Pasal isu,jangan ambik gambar kucing, nanti kucing mati..
    Tu xboleh dterima pakai. sebabnya,ashue memang akan ambik gmbar kucing2 ashue dari start lahir sampai la skrg.. ashue buat satu galeri pembesaran kucing.. macam kronologi..then print gmbar2 tu..buat wallpaper lg..
    and diorang siap da pandai posing da.. & very cameraholic.. nampak camera semua terlentang baring da and get ready utk photoshoot...serious!

    and nak komen cket pasal misai kucing tu..
    yess.. misai tu memang deria kucing yang penting..
    contoh macam ada lubang yang kecik, so kucing guna misai dia utk budget sama ada dia muat tak masuk lubang tu.. kadang2 kita as human, memang rasa dia takkan muat masuk lubang tu kalau ikot logik, tapi kucing tu sendiri tahu sama ada dia muat tak masuk..
    and also pada ketinggian..
    misai kucing membantu dia, mengukur ketinggian tempat tu.. sebab tu, kucing jarang terjun dari bangunan kecuali dia leka bermain and terjatuh.. mustahil dia terjun sendiri..
    Ashue stay floor 15, and my cats, main kt balkoni, tp ashue percaya diorg xkan terjun..no worries!
    And PLEASE jgn potong misai dia. hilang satu deria.. macam manusia kalau hilang satu deria mesti susah hidup kannn :(


    cheers!
    Ashue

    ReplyDelete
  2. Salam Ashue..
    Thanks for the comments. Betul yg apa ashue ckp tu. Kadang2 kiter ni percaya sgt dgn pantang larang, tanpa mengambil kira bukti saintifik. Pakcu sometimes pikir logik akal jer la kalau tak der bukti saintifik.... but whatever, kena bagi utmost respect to the cats sebab dia pun makhluk bernyawa yang punya perasaan. Cheers to you too!

    ReplyDelete