MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Saturday, February 6, 2010

Kucing?...Kos Permulaan dan Seterusnya...serta Isu-Isu yang berkaitan..


Salam dan Selamat Sejahtera Semua...
Hari ni pakcu nak berceloteh pasal nak memelihara kucing. Memelihara dalam ertikata ini adalah memelihara kucing dalam rumah (tidak dilepaskan bermain atau tidor diluar kawasan rumah), selalu membelai dan bermain dengan kucing, memberi makanan yang baik-baik, melakukan pemeriksaan perubatan berkala, memandikan dan menyikat bulu kucing selalu dan memastikan semua aksesori berkaitan kucing sentiasa ada.
Memberi kucing makan minum dan melepaskan kucing bermain di luar kawasan rumah, pada pakcu ini bukanlah memelihara kucing. Ini pada pakcu hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Mari kita fikirkan hal-hal yang berikut sebelum membuat keputusan untuk memelihara kucing :-
1. Komitmen : Memelihara kucing memerlukan komitmen yang agak tinggi. Anda dan keluarga, mestilah mempunyai sifat penyayang kepada binatang. Anda perlu memberikan sedikit masa terluang anda terhadap kucing. Kucing suka dibelai dan dimanjakan. Perhatian yang betul terhadap kucing, akan mengelakkan kucing dari stress yang menjadi punca kebanyakan penyakit kucing. Kucing perlu dimandikan sekurang-kurang nya dua minggu sekali, disikat bulunya setiap hari, diberi makanan yang baik-baik, dilengkapi aksesori yang perlu seperti pasir kucing dan permainan, bekas pasirnya dibersihkan setiap hari dan diberi rawatan perubatan berkala secara bulanan dan tahunan.
2. Tujuan : apakah sebab anda ingin memelihara kucing? Kucing adalah teman yang sejati dan taat, dan seperti manusia kucing juga perlukan teman. Di sini, kena ada kerjasama dua belah pihak dan saling memerlukan antara satu sama lain. Sekiranya cuma sebelah pihak saja, baik lupakan niat memelihara kucing. Sekiranya untuk dijadikan hadiah kepada anak anda, pastikan anda telah berbincang dengan anak anda mengenai komitmen yang perlu. Andainya anak anda nampak macam malas nak jaga, lupakan saja niat di atas. Penjagaan kucing bukan perkara suka-suka kerana penjagaannya adalah perkara harian dan wajib dilakukan. Setengah dari kita, bila kucing tu comel, kita akan suka membelai dan bermain dengannya, tapi disebabkan tak dipelihara dengan betul seperti malas nak sikat bulu, malas nak bersihkan/mandikan kucing, biar saja kucing lepas diluar, jarang bersihkan bekas pasir dia, maka bila kucing dah kotor atau berpenyakit (berjangkit dari kucing luar), maka kucing itu pun dibiarkan dan senasib dengan kucing jalanan. Kesiankan... Juga sekiranya anda ingin memelihara kucing untuk bermegah-megah dengan kucing comel dan menunjuk-nunjuk pada jiran pun tak elok. Tapi sekiranya anda ingin memelihara kucing untuk dibawa kepada pertandingan kucing, ini sebab yang bagus kerana untuk melayakkan kucing anda bertanding, kucing mesti terjaga makan-minumnya, bersih, cantik dan bebas dari penyakit dan stress, jinak, aktif, sihat serta lengkap rekod perubatannya. Juga tujuan anda bukan untuk membiakkan kucing dan anda bertekad untuk memelihara kucing pada jumlah yang anda mampu dan mengembirikan kucing anda bila perlu.
Apa pun sebab anda ingin melihara kucing, yang utama kena ikhlas. Kucing binatang yang sangat sensitif dan ia tahu tahap kesayangan tuannya. Kucing yang happy, akan sentiasa mendoakan kesejahteraan tuannya.
3. Kos Permulaan : Sebagai permulaan, benda-benda berikut adalah wajib/perlu disediakan :-
a. Makanan - RM 30.00 (1-2 kilo)- premium food
b. Bekas Pasir - RM 40.00
c. Carrier - RM 60.00 (untuk kegunaan membawa kucing ke klinik atau travel)
d. Sangkar kucing - RM 180.00 (yang sederhana besar... lg besar lagi bagus)
e. Aksesori - RM 70.00 (bekas makanan/minuman, pasir, shampoo, sikat, toys etc)
f. Rawatan perubatan - RM 50.00 (vaksin, deworm dan rawatan kutu)
So, lebih kurang RM400.00 perlu dibelanjakan sebagai permulaan, untuk memastikan keselesaan kucing baru(ahli keluarga baru) anda. Ini tidak termasuk harga kucing sekiranya anda membeli kucing tersebut.
Kos bulanan pula lebih kurang RM30.00/seekor/sebulan. Sebenarnya kos pemeliharan kucing tidaklah tinggi seperti yang selalu kita dengar. Kos pelihara kucing hanya menjadi tinggi bila kucing sakit dan memerlukan rawatan perubatan tambahan. Oleh itu, sekiranya anda sayangkan kucing anda dan inginkan nya sentiasa sihat, paling penting janganlah lepas ia bermain di luar kawasan rumah (diluar banyak penyakit berjangkit), tidak memberi makanan junk (murah) kerana 90% penyakit datang dari apa yang dimakan, memastikan kucing anda selesa dalam rumah dan lengkapkan segala aksesori yang perlu.
4. Pemilihan kucing : Ini terpulang kepada anda, samada anda ingin kucing bulu panjang atau pendek. Majoritinya suka yang bulu panjang, tapi perlu diingat, kucing bulu panjang memerlukan 3x ganda kerja menjaganya dibandingkan dengan kucing bulu pendek. Pakcu suka lah nak nasihatkan, sekiranya anda tak berapa pasti tapi nak memelihara kucing, dapatkan lah kucing bulu pendek atau semi longhair sebagai permulaan. Bila dah bersedia dan ada pengalaman, barulah dapatkan yang bulu panjang pulak. Pakcu dah tengok banyak kes yang excited nak bela kucing, terus bela kucing bulu panjang, tapi disebabkan tak ada pengalaman dan banyak kerja, banyak yang give up dan kucing menjadi tak terurus dan bermasalah. Kesian pada kucing....

5. Mendapatkan kucing : seeloknya dapatkan kucing yang stabil dan berumur lebih dari 3 bulan. Sebagai permulaan, dapatkan kucing yang dewasa pun bagus (lapan bulan ke atas) Kucing dewasa sebegini tak susah nak jaga, hanya pastikan anda ada masa melayannya, dan segala aspek penjagaannya terjaga dengan baik. Kalau mula dari kucing muda, banyak perkara tambahan yang perlu dibuat dan perlu lebih masa dengannya. Sekiranya anda mendapatkan dari orang perseorangan atau kedai, pastikan kucing tersebut telah divaksin dan sihat. Sekiranya belum atau tak pasti, bawalah kucing tersebut ke vet untuk memastikan tahap kesihatannya. Sekiranya anda kutip dari luar, perkara utama bawa ke vet, tinggalkan dua hari disana untuk dilakukan pemeriksaan perubatan, vaksin dan deworm sekiranya perlu.
Ok, sekiranya semua perkara di atas tidak menjadi masalah kepada anda, maka anda layak untuk mendapatkan kucing. Ingat, komitmen pada kucing adalah kontrak seumur hidup anda dan kucing. Kebahagiaan anda seharusnya juga dapat membahagiakan kucing anda. Anggaplah kucing sebagai teman dan ahli keluarga anda dan peliharalah ia sebagai mana anda memelihara ahli keluarga anda. Untuk itu pakcu ucapkan selamat berjaya dalam memelihara kucing anda dan semoga semua beroleh keberkatan dari keihklasan kita terhadap kucing.
Jangan segan-segan menambah ilmu kucing dan bertanya pakcu tentang apa jua pun pasal kucing. InsyAllah, selagi boleh pakcu akan bantu.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Cu..

    Wahh..dah lama tak singgah kedai Pak Cu sejak tapak bazar kat Reko Sentral dah ditutup.

    Pak Cu..kucing² saya sihat..tapi rasa nak let go. Nak sambung belajar kat oversea tak lama lagi..

    ReplyDelete
  2. salam.......pakcu tau tak,kat mane nak jual kucing.saya ade banyk kucing kat rumah.semua bulu panjang dan hidung kemek.ade 13 ekor semuanya.klau ade yg nak beli bole kol sy.0176216160 sarina.

    ReplyDelete