Friday, February 5, 2010
Kucing jalanan.....
Pakcu jadikan ini topik pertama blog Pakcu, sebab inilah yang Pakcu lihat pada hari ini. Tengahari tadi, semasa pakcu drive nak gi sembahyang Jumaat, ternampaklah ada seekor kucing mati kena langgar di tengah jalan. Pakcu stop kat tepi jalan dan alihkanlah mayat (pakcu sebut mayat tak sebut bangkai, sebab kucing pada pakcu dah macam teman/orang/ahli keluarga) kucing ke tepi. Hajat hati nak tanamkan tapi apakan daya, Pakcu kena pergi sembahayang Jumaat dulu. So Pakcu tutup je la dengan suratkhabar lama. Comel kucing tersebut dan bulunya seperti domestic semi long hair cat, ekor kembang, color silver tabby. Menitis jugak lah air mata Pakcu.
So, cerita Pakcu hari ni bukanlah pasal kucing tu mati kena langgar, tapi tentang macamana kucing tu mati kena langgar dan sebabnya.
Untuk pengetahuan semua, statistik kucing mati dilanggar adalah amat menggerunkan. Telah diberitahu bahawa jalanraya adalah pembunuh utama kucing seperti mana jugalah pada manusia. Setiap hari, di satu-satu kawasan dalam lingkungan 1o batu di kawasan bandar, akan ada kucing yang mati dilanggar. Bayangkanlah sekiranya di KL saja ada dalam lingkungan 300 miles radius so ada 30 kawasan. 30 kawasan X 1 ekor kucing X 365 hari = 10950 ekor kucing mati dilanggar dalam setahun. Banyak kan... itu kira kalau seekor, kalau dua atau tiga ekor mati dalam kawasan tu? Anda bayangkanlah....
Mungkin ada yang tertanya-tanya... mana mungkin sebanyak itu kucing jalanan di Malaysia. Ok, lihat statistik pembiakan kucing pulak. Kita mulakan dengan sepasang kucing dewasa (jantan dan betina). Kucing bunting hanya mengambil masa 60-65 hari sahaja. Dalam setahun, bagi kucing yang tidak terjaga atau sengaja dibiakkan, kucing betina boleh melahirkan anak sebanyak dua kali (ada setengah kes tiga kali, tapi Pakcu kira purata lah dua kali saja) dan setiap kali purata anak yang lahir adalah empat ekor. So kalau setahun, dicampor dengan ibu dan bapa kucing dah ada 10 ekor. Kucing betina pulak, seawal umur 6 bulan, dah ada yang miang nak kawin, so kalau lah dihitung dari 4 anak yang mula keluar tu, kiralah dua ekor saja betina dan turut melahirkan 4 anak jadi ibu bapa kucing tu dapatlah cucu 8 ekor. So selepas dihitung, cuma dari sepasang kucing dewasa, dalam setahun boleh mencapai 18 ekor!. Banyak kan... Kalau dalam satu kawasan 10 batu tu ada 30 pasang kucing dewasa, logik tak kalau Pakcu cakap dalam setahun ada 540 ekor kucing jalanan, lepas tu 540 ekor x 30 kawasan di kuala lumpur adalah 16200 ekor kucing jalanan dibiakkan dalam masa setahun. Bayangkanlah kalau selepas 10 tahun.. tak mustahil mencapai jutaan jumlahnyer!
So, disebabkan jumlah yang tak terkawal inilah, maka semakin hari semakin bertambahlah kucing-kucing jalanan dan setiap hari jugalah kita akan dapat melihat mayat-mayat kucing bergelimpangan di tepi dan tengah jalan.
Pakcu nak beritahu lah kat sini, kucing tak pandai melintas jalan. Kucing ni macam ayam, kucing cepat gabra dan curious terlebih, dan normalnya dia akan pergi kepada punca yang menyebabkan dia gabra dan nervous tu. Itulah sebabnya orang duk cakap `curiousity kills the cat'Kalau kereta berjalan tu yang menyebabkan dia gabra, maka dia akan meluru pergi ke kereta tu.
So, di sini pakcu inginlah semua kawan-kawan dan pembaca blog ni, fikirkan lah sebaik-baiknya dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk memelihara kucing. Janganlah jadikan kucing-kucing anda seperti nasib kucing jalanan di atas. Pelihara lah kucing anda dengan ikhlas kerana kucing akan sentiasa mendoakan kesejahteraan tuannya yang ikhlas memeliharanya. Ikhlas dalam ertikata ini, adalah memelihara kucing dengan sebaiknya, memberi makanan yang baik-baik, tidak membiarkan kucing lepas bermain diluar tanpa kawalan, menjaga tahap kesihatannya dan yang paling penting menghadkan jumlah kucing dipelihara mengikut kepada kemampuan masing-masing. Janganlah fikir seronok nak tengok anak-anak kucing yang comel, tapi bila dah besar dan terlampau banyak, tak mampu pula nak jaga maka jadilah dia senasib dengan kucing-kucing jalanan. Mengembiri kucing adalah jalan yang terbaik mengatasi masalah ini, dan topik ini akan Pakcu kupas di lain masa nanti.
Moga kita bertemu di lain topik nanti.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice celoteh pak cu...
ReplyDeletesayangi lah kucing seperti anda menyayangi diri anda sendiri..
post yang bagus untuk direnung dan difikirkan... terimakasih kerana menyedarkan saya Pakcu
ReplyDeleteThanks sham for the comments.... yup, sayangilah kucing dengan ikhlas... besar pahalanyer...
ReplyDeleteThanks anonymous....
ReplyDeletetol pakcu..sy setuju 100%
ReplyDelete