MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Sunday, February 28, 2010

Tennesee Line... Daughtry


http://dc153.4shared.com/download/120076477/c0dc9b5a/11_Tennessee_Line_-_Daugh

Hehe... banyak lak lagu hari ni.. Hmm mood santai kut hari Ahad ni...
So, lagu ni tak der ceriter sangat, tapi pakcu suka dengan lirik dan cara daughtry nyanyi... sampai ke hati, walaupun tak pernah sampai ke tennessee... hehe. Cuba la dengar k. Enjoy!

Tennessee Line
I open my lungs to breathe in forgiveness and love
Haunting me now reminders of how I used to be
And on down the road my troubles are sure to follow
Looking out the window, the hell if know where I will go
So I'll just keep on driving

On my way to L.A. looking into the rear view as the roads fade away
I've sworn off my past, first to last bad call that I ever made
Tell me how to make right every wrong turn that I've learned?
So this can all end tonight
Tennessee line just changed my mind, well it's my heart I'll follow this time

Who would've known that pride is so hard to swallow
As I rest on the shoulder of a road growing colder
With the trouble I own, should I just keep on driving?

On my way to L.A. looking into the rear view as the roads fade away
I've sworn off my past, first to last bad call that I ever made
Tell me how to make right every wrong turn that I've learned?
So this can all end tonight
Tennessee line just changed my, well it's my heart I'll follow this time

I know I must be doing something
Head the other way, back to where I started out
Ask myself if I can turn it all around tonight
And stop living with doubt

On my way to L.A. looking into the rear view as the roads fade away
I've sworn off my past, first to last bad call that I ever made
Tell me how to make right every wrong turn that I've learned?
So this can all end tonight
Tennessee line just changed my mind, well it's my heart I'll follow this time
I'm gonna turn it all around tonight at the Tennessee line

Perjalanan Hidup... Ramli Sarip


http://dc108.4shared.com/download/89787631/ff828034/Ramli_Sarip_-_Perjalanan_Hidup.m

Ok, sebagai lagu kedua hari ni... dari Papa Rock Ramli Sarip. Lagunyer begitu menginsafkan, sambil drive tu ngalir gak air mata Pakcu, terkenang banyak nyer dosa pakcu buat. Impact lagu ni pada pakcu sangat besar, teruslah berazam tak nak tinggal sembahyang dan seboleh-bolehnya berbuat baik dengan semua orang. So, pakcu harap, impact yang sama terlekat gak kat korang semuer...hehehe. Ok?

Perjalanan Hidup

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Aku setia hanya padamu
Aku setia hanya padamu

Can Cao Do Mar...Dulce Pontes


http://dc140.4shared.com/download/129775711/e78bfd35/-_DULCE_PONTES_-_Fado_-_

Salam dan Selamat Sejahtera Semuer..
Ok, sebagai lagu pertama topik ini, Pakcu nak beri satu lagu. Tajuk lagu Can Cao Do Mar, Nyanyian Dulce Pontes dalam bahasa Potugal. In English, tajuk lagu tu Song of The Sea.
Lagu ni first time Pakcu dengar dalam tahun 1997 kut, kalau tak silap. Masa tu Pakcu tengok movie tajuk Primal Fear lakonan Richard Gere, Laura Linney and Edward Norton. http://www.imdb.com/title/tt0117381/
best sangat ceriter dier!. Masa tengah citer tu kuar lak lagu ni, sedapnyer... sampai Richard Gere dalam citer tu kata sedap.. hehe. So lepas habis wayang, pakcu cubalah merata cari kat KL cd dulce pontes tu tapi tak jumpa. Lama gak cari tak jumpa. Cuba gak tanya kawan yang selalu travel oversea tapi dorang asik luper jer. So, tau apa pakcu buat? Satu hari tu, pakcu gi Singapore... gi balik naik flight, sampai kat sana gi round kat Orchard, dapat ler beli dua cd. Mahal giler lak tu! tu pun puas gak cari. So, malamnya pakcu balik ler dari singapore berbekalkan dua cd tuh.... huhu. Itu ler penangan Can Cao Do Mar... hehehe.

Cancao Do Mar

Fui bailar
No meu batel
Alem do mar cruel
E o mar bramindo
Diz que eu fui roubar
A luz sem par
Do teu olhar
Tao lindo
Vem saber
Se o mar tera razao
Vem talvez
Roubar meu coracao
Se eu bailar
No meu batel
Nao vou ao mar
Cruel e o mar bramindo
diz que eu fui roubar
A luz sem par
Do teu olhar
tao lindo

So, kalau ada yang boleh translate, sangat-sangatlah dihargai. Hehe... thanks so much and enjoy!

Lagu Favorite Pakcu...

Salam dan Selamat Sejahtera semuer...
Hehe... tetiba hari ni, pakcu nak bukak satu topik lain lak... So, korang sambil baca-baca blog pakcu yang kadang-kadang ngomel tak tentu pasal..hehe, leh la layan dengar lagu.
Kali ni pakcu bukak label Lagu Favorite Pakcu. Pakcu ni masa sekolah menengah dulu suka sangat dengan country music, lepas tu beralih kat rock... heavy metal pun layan gak masa tu. Lama jugak dengan rock heavy tu. Tapi bila umor dah meningkat tukar lak ke slow rock, pop and jazz. Last-last sekarang pakcu dengar classic lak. Lagi satu, pakcu suka dengar lagu-lagu yang tak faham bahasanya, lagi layan pakcu rasa... hehe.

lagu favorite pakcu nanti, complete dengan download link nyer - just copy paste n wolla! , lyric and story sikit... pasal pakcu ngan lagu tu kalau ader la.. hehe. Kalau pakcu rajin, hari-hari pakcu try upload satu lagu...hehehe. So, harap-harapler korang semuer enjoy dengar lagu tu sambil membelai-belai pet korang.. hehe.

Saturday, February 27, 2010

Pakcu dan Cat Show... MCC International Cat Show, 12 August 2007 @ Matrade Exhibition Centre, Jalan Duta, KL.

Salam dan Selamat Sejahtera semua...
Ok, kali ni pasal Cat Show kat atas pulak. Show kali ni agak berskala besar, 2 ring bermaksud 2 judge. Judge kali ni dari France. Disebabkan itu, banyak gak kucing yang masuk show, adalah dalam 150 ekor kesemuanya, pedigree and non pedigree.
Kali ni penganjuran di laksanakan oleh AJK MCC yang baru, termasuklah pakcu yang baru setahun jagung dalam dunia kucing ni, dilantik pulak jadi Asst. Secretary MCC. Hmm... memang blurr sungguh.
So, kali ni pakcu, macam biasa bawaklah kucing yang biasa pakcu bawak, iaitu Alfio, Raldo, Rocky, Argo dan seekor shorthair (first time bawak shorthair ni... Alex).

Keputusannya : Alhamdulilah, adalah yang yang dapat placing... cuma Alfio jer yang tak dapat apa2... Sebab dia dah moody sangat, tak boleh dah tengok orang ramai. Dekat jer dia nak hiss... So, show kali ni last pakcu bawak Alfio show, lepas ni rehat2 lah kat rumah...hehehe.
Alex : 3rd Domectic Female Open Shorthair

Rocky : 2nd Domestic Neuter Longhair

Raldo : 3rd Domestic Neuter Longhair

Argo : 1st Domestic Neuter Longhair

Friday, February 26, 2010

Pakcu dan Cat Show …MCC National Cat Show, 26 Nov 06, MAHA : Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2006 MAHA at Maeps, Serdang.

Show ini di anjurkan oleh MCC dengan kerjasama MAHA sempena expo MAHA. Expo MAHA ni berskala besar dan mendapat perhatian seluruh dunia, tapi Cat Show nye kecik jer, sebab ni first time MCC participate dalam show MAHA. So, show kali ni judge local dan show dinamakan MAHA National Cat Show.
Pakcu pun bawaklah empat ekor kucing yang sama dengan penambahan dua ekor lagi iaitu Argo dan Bluereen.
Tempat show sempit tapi orang ramai sungguh datang, jadi penganjurannya agak kelam kabut. Walaubagaimana pun, pujian harus diberikan kepada MCC atas daya usaha mereka menganjurkan show sebegini.

Keputusannya : Alhamdulilah...
Angelie : 1st Domestic Female Open Longhair, Best Domestic Longhair, Best Domestic. Menang besar lak dia kali ni, temperament bagus lak kali ni.. hehe.
Raldo : 1st Domestic Male Open Longhair, 1st Domestic Neuter Longhair. Disebabkan ni show National, kucing neuter jantan pun boleh bertanding dalam Male Open. Dah rezeki Raldo kut..hehe.
Alfio : 2nd Domestic Neuter Longhair. Time show kali ni dia dah pandai moody, susah nak pegang...hmm.

Rocky, Argo and Bluereen tak der menang apa kali ni... menang sorak and experience jer la... hehe.

Pakcu dan Cat Show...MCC International Cat Show 27 Aug 2006, Maju Junction KL,

Sejarah Penyertaan Cat Show Pakcu
Pakcu mula menyertai Cat Show dari tahun 2006. Masa tu Pakcu baru ada dua ekor kucing dan nama kucing Pakcu Alfio dan Raldo. Dua-duanye kucing mix longhair. Mulanya rasa malu jugak nak masuk Cat Show tapi atas desakan rakan baik, Pakcu daftarkan lah sekali dengan dua ekor lagi kucing anak buah Pakcu iaitu Rocky dan Angelie. Semuanya kucing kacuk and long hair.

Alfio - 1st Domestic Neuter Longhair. Tapi sekarang Alfio dah ada owner lain, pakcu terpaksa bagi kat orang sebab Alfio moody sangat and protest mogok tak mau makan minum bila pakcu tambah kucing lain... sayu gak rasanya...

Show pertama pakcu adalah anjuran Malaysia Cats Club di Maju Junction Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL pada 27 August 2006. Disebabkan ini pertama kali pakcu masuk Cat Show, grooming last pakcu buat di kedai rakan pakcu. Dari situlah pakcu belajar teknik grooming yang betul dan cara-cara menyediakan kucing untuk Cat Show.
Keesokannya, pagi-pagi lagi dah sampai di Maju Junction. Pakcu tengok, wah! Banyaknyer kucing dan lawa-lawa lagi. Dalam hati, hmm tak der harapanlah, tapi tak pa, show bukan nak menang tapi nak belajar and cari pengalaman.
Raldo - tak menang apa-apa pun, tapi pagi-pagi lagi dah ada visitor nak beli hehe.... tak jual... sayang ooiiii...

So dari show pertama ni lah baru pakcu tahu kategori kucing yang bertanding, jenis-jenis kucing dan pengadilan kucing di jalankan. Alfio dan Raldo diletakkan dalam kategori Domestic Neuter Longhair, Angelie dan Rocky dalam kategori K10 Longhair. Ada lebihkurang 100 ekor kucing yang bertanding dan dibahagikan kepada lebih kurang 15 kategori.
Rocky - 1st K10 Domestic Longhair. Tapi sedih ler, sebab Rocky dah hilang tahun lepas. Dia terlepas keluar rumah, terus tak balik-balik dah... Sedih gak..huhu.

Keputusannya, Alhamdullah tanpa disangka-sangka, Alfio dapat 1st Place kategori nyer dan Rocky pun dapat 1st Place kategorinyer. So, selain dapat collect entry gift, dapat pulak hadiah sampingan untuk kucing yang menang. Seronok tak tau nak cakap, dan memang tak disangka langsung.
So, bermula lah Sejarah Penyertaan Pakcu dalam Cat Show di Malaysia…. Hehehe.
Yang belakang tu Angelie, depan tu Rocky. Angelie tak menang apa2 pun, sebab dia garang dan susah dipegang. Panik kut sebab show 1st time, tapi yang lain ok pulak...hehe.

Tuesday, February 23, 2010

Sedikit Tips Cat Show


Sedikit Tips Menyediakan Kucing Anda untuk Cat Show
Pakcu ingin lah berkongsi sedikit panduan tentang cara-cara menyediakan kucing anda bagi menyertai Cat Show. Pakcu pun bukanlah terror sangat, tapi adalah sikit ilmu dan pernah gak lah menang beberapa anugerah dalam Cat Show. So, tips ini sebagai basic lah untuk yang baru-baru nak menceburi Cat Show ini. Bila anda dah banyak kali menyertai Cat Show, tentunya pengalaman dan pengetahuan dah banyak, dan juga akan ramai lagi pakar-pakar yang lebih terror akan membantu anda. So, Go for Cat Show!..
Seelok-eloknya, persediaan untuk kucing yang baru adalah sebulan sebelum Cat Show, tetapi sekiranya kucing anda memang bersih dan tiada apa-apa masalah kesihatan dan sakit kulit, dua minggu persediaan sudah di kira memadai.

Ok, inilah perkara asas menyertai Cat Show :-
1. Pemilihan Kucing
a. Anda boleh pilih kucing apa pun, samada yang bersijil atau tidak, bulu panjang atau pendek, kecil atau pun besar.
b. Berumur mesti lebih tiga bulan.
c. Sihat dan saiz pembesaran yang sesuai.
d. Jinak dan aktif.

e. Tidak cacat anggota.
f. Lengkap rekod vaksin dan perubatannya – kalau tak lengkap, pastikan dalam tempoh sebulan persediaan tu, lengkapkan rekod perubatannya, mana yang belum pernah vaksin, vaksinkan ia selewat-lewatnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan.

2. Persediaan

a. Mandikan kucing dengan shampoo kucing sebaik-baiknya 2 kali seminggu.

b. Buat rawatan de-flea /nyah kutu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
c. Sikat bulu kucing setiap hari, pagi dan petang. http://www.ehow.com/video_2349440_combing-long-haired-cats.html
http://www.ehow.com/video_2349439_brushing-long-haired-cats.html
d. Pastikan kuku kucing pendek/dipotong – lihat teknik yang betul memotong kuku kucing. http://www.ehow.com/video_2349441_clipping-cat-nails.html
e. Bersihkan sekelliling mata dan telinga kucing hingga ke dalam, gunakan cotton bud.
http://www.ehow.com/video_2349438_cleaning-cat-ears.html
http://www.ehow.com/video_2349437_cleaning-cat-eyes.html
f. Kurungkan kucing selalu di dalam rumah atau dalam sangkar yang besar – jangan sesekali lepaskan ia bermain di luar rumah – untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit dan dari terluka bergaduh dengan kucing di luar – kalau berpenyakit atau terluka mengambil masa yang lama untuk sembuh.
g. Biasakan kucing dengan permainan dan orang luar.
h. Selalu manjakan dan belai-belai kucing.


Sehari Sebelum Cat Show :-
1. Pastikan kad vaksin dan sijil kucing (kucing pedigree) telah disimpan dengan baik untuk dibawa esoknya. Kegagalan membawa kad vaksin akan menyebabkan penyertaan anda ditolak.
2. Bersihkan kucing sebersih-bersihnya pada hari tersebut, dan pastikan tiada kutu atau fungus di semua bahagian kucing.
3. Pastikan kuku kucing pendek dan telinga bersih.
4. Kurungkan kucing di dalam bilik atau sangkar yang besar.
5. Puasakan kucing dari makan-minum mulai jam 11 malam sebelum hari Cat Show (kurungkan kucing bersama pasir/litter box) – untuk mengelakkan kucing dari membuang najis dan air semasa cat show. Kalau ini terjadi, akan menyebabkan kucing kotor dan berbau, dan markah kebersihan akan dipotong.
6. Pastikan sikat, sedikit permainan, alas sangkar telah disimpan di satu tempat, untuk dibawa keesokan harinya.
7. Pastikan carrier kucing dibersihkan dan ditanda nama anda.
8. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada malam tersebut.

Hari Cat Show
Selalunya, Cat Show bermula dari pukul 10 pagi hingga jam 6 petang. Bagaimanapun, semua perserta dikehendaki hadir di dewan Cat Show selewat-lewatnya jam 8.30 pagi. Kelewatan akan menyebabkan penyertaan anda akan dibatalkan.
1. Bangun awal pagi. Selalunya peserta dikehendaki mendaftarkan kucing sebelum jam 8.30 pagi.
2. Pastikan kad vaksin dan segala peralatan yang perlu dibawa, telah dimasukkan dalam kereta.
3. Jangan tunjukkan kelam kabut anda atau meninggikan suara anda didepan kucing yang akan menyertai Cat Show. Ini untuk mengelakkan kucing dari stress atau panik. Seeloknya, bercakaplah dengan nada lembut pada kucing tersebut, untuk menghilangkan ketakutan dan panik kucing.
4. Bergerak awal ke Cat Show.
5. Sesampainya di sana, teruslah mendaftarkan kucing anda. Kepada yang membawa kucing pedigree, serahkan sijil tersebut pada Entry Clerk semasa pendaftaran.
6. Sementara menunggu giliran untuk diperiksa oleh Vet bertugas, cubalah belai-belai kucing anda, bersihkan apa yang patut. Jangan sesekali tinggalkan kucing anda terutama kepada yang 1st timer.
7. Bertegur sapa lah dengan peserta lain dan jangan malu. Cuba jangan duduk bersendirian di satu tempat.
8. Bila giliran kucing anda untuk diperiksa oleh Vet sampai, pastikan kad vaksin kucing tersebut ada bersama anda dan diserahkan kepada Vet yang bertugas.
9. Setelah lulus pemeriksaan Vet, pastikan sekali lagi kucing anda dibersihkan dan letakkan di sangkar yang telah ditetapkan, mengikut kepada nombor sangkar yang diberikan.
10. Pastikan sangkar tersebut telah dibersihkan terlebih dahulu dan alas sangkar diletakkan.
11. Setelah semua selesai, bolehlah anda berjalan-jalan dan berkenalan dengan semua perserta.

Semasa Cat Show Sedang Berjalan
1. Sentiasalah duduk dekat dengan kucing anda – untuk mengelakkan kucing anda dari stress atau takut.
2. Sentiasa ramah dan tersenyum – terutama bila ada pengunjung bertanya anda mengenai kucing anda, dan jawablah setakat mana yang anda mampu.
3. Jangan sesekali komen atau kritik kucing-kucing lain.
4. Anda tidak dibenarkan untuk memberi kucing anda makan/minum semasa show sedang berjalan.


5. Jangan sesekali marah atau menunjukkan muka garang anda, sekiranya kedapatan pengunjung yang berkasar dengan kucing anda, sebaliknya tegurlah mereka dengan cara baik.
6. Sentiasa peka dengan pengumuman semasa Cat Show, sekiranya nombor sangkar kucing anda dipanggil, cepat-cepatlah bawa untuk pengadilan.
7. Sesetengah pengadil akan bertanya kepada anda tentang kucing anda, maka jawablah dengan riang dan setakat mana yang anda mampu jawab.
8. Sekiranya kucing anda mendapat 1st place untuk kategorinya, bersedialah untuk peringkat seterusnya bagi peringkat keseluruhan pula, dan begitulah seterusnya.
9. Jangan sesekali memberitahu pengadil bahawa itu kucing anda, sekiranya anda tidak dibenarkan membawa kucing anda ke meja pengadilan. Sesetengah penganjur menyediakan steward yang ditugaskan untuk membantu pengadil.
10. Jangan sesekali menunjukkan rasa tidak puas hati anda sekiranya kucing ada gagal memenangi sebarang tempat, sebaliknya menyokong keputusan pengadil.
11. Sentiasa bertanya kepada JawatanKuasa penganjur, untuk sebarang maklumat yang anda perlukan dan berkenalanlah dengan mereka.
12. ENJOY THE SHOW…. DON’T WORRY…. BE HAPPY….

Menyertai Cat Show


Menyertai Cat Show

Ok, kepada semua yang berminat nak menyertai Cat Show, syabas Pakcu ucapkan. Sebenarnya, banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai semua aspek kucing boleh didapati dari satu hari menyertai cat show. Lagi kerap menyertai Cat Show, lagi banyak pengetahuan yang anda akan dapat. Menyertai Cat Show ini sangat enjoy, sebab dapat ramai kawan, dapat banyak ilmu, dapat tengok banyak kucing-kucing comel dan pelik-pelik, dapat collect entry gift, dapat tengok banyak ragam kucing dan telatah pengunjung. Ini lah yang penting, dan kalau ada menang, anggaplah itu sebagai bonus atas usaha penat lelah anda menyediakan kucing anda, tetapi janganlah ini dijadikan motif utama anda menyertai Cat Show. Yang terpenting ialah menimba ilmu dan pengalaman, selebihnya anggaplah sebagai bonus.

Kalau Tanya pakcu, tujuan utama pakcu menyertai Cat Show adalah untuk jumpa kawan-kawan , berkongsi ilmu dan pengalaman and collect entry gift je… Hehe. Alhamdulilah, dalam banyak-banyak penyertaan itu, ada jugak yang menang. So semua itu Pakcu anggap sebagai bonus ler….

Ok, di sini pakcu nak beritahu sikit lah pasal Stigma Menyertai Cat Show. Ini yang Pakcu tengok dan rasa.

1. Malu… kucing saya kucing kampong aje..
Hmm… pakcu dulu macam tu jugak. Kemudian pakcu duk tengok show lepas tu, ada gak kucing kampong, so pakcu berani-beranikanlah mencuba. Rupa-rupanya, pengadil banyak suka kucing kampong, sebab kucing kampong kita pun tak kurang cantiknya. Walaupun kebanyakan kali, kucing kampong pakcu tak ada yang menang pun, tapi pakcu happy sebab dapat tunjukkan pada pengadil dan orang ramai, bahawa kucing kampong pun ada kelas tersendiri… hehe.
2. Kucing saya tak ada sijil
Sekarang ni semua pertandingan kucing, membenarkan kucing yang tidak bersijil untuk menyertai Cat Show. Terdapat kategori khas untuk kucing-kucing tak bersijil/non pedigree ini.
3. Kucing saya tak lawa…
Sebenarnyer semua kucing lawa. Sepatutnya kita orang yang pertama mengatakan kucing kita lawa. Bila kita beranggapan macam tu, barulah kita akan jaga kucing kita dengan betul. Lagi pun, kesukaan pengadil dan orang ramai kita tak tahu.
4. Kucing saya kucing kacuk/mix…
Semua kucing adalah layak menyertai Cat Show, tak kiralah dia bulu panjang atau bulu pendek atau kacuk/mixed.

Ok, kesimpulannya semua kucing adalah layak menyertai Cat Show. Bagaimanapun, di bawah adalah kelayakan kucing untuk menyertai Cat Show :-
1. Berumur lebih tiga bulan
2. Lengkap dan up todate rekod vaksin dan kesihatannya
3. Sihat dan tidak cacat anggota
4. Bersih, tiada kutu atau sakit kulit
5. Jinak dan boleh dipegang
6. Setengah2 Cat Show mensyaratkan kucing berumur lebih 8 bulan (kucing tempatan dan tidak bersijil) diwajibkan kembiri, so pastikan lah kucing anda yang berumur lebih 8 bulan dikembirikan untuk menyertai Cat Show sebegini.

So, tak de la alasan untuk anda semua untuk tidak menyertai Cat Show, sekiranya anda berminat. Yang mustahak, penuhilah kelayakan yang dinyatakan dan Enjoy Cat Show tersebut. Bagaimanapun, pendaftaran untuk menyertai Cat Show dibuka 45 hari atau sebulan sebelum tarikh Cat Show tersebut dan ditutup selalunya dua minggu sebelum . Jadi, rajin-rajinlah bertanya kawan-kawan yang ada menyertai cat show atau tengok-tengok forum kucing di Malaysia ini.

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA

Monday, February 22, 2010

Pertunjukan/Pertandingan Kucing .. Cats Shows

Salam dan Selamat Sejahtera semua...
Terimakasih semua kerana sudi melayari blog pakcu yang tak seberapa ini. Seperti yang dijanjikan, pakcu bukak pulak label ini khusus untuk semua yang nak tahu tentang cat show in Malaysia. Pakcu akan cubalah ceritakan serba sedikit tentang cat show ini, sejarahnya, kebaikan menyertai cat show, sejarah penyertaan pakcu selama menyertai cat shows dan sedikit tips yang perlu kepada sesesiapa yang berminat untuk menyertai cat shows. So pada kali ini pakcu nak ceritalah sikit tentang sejarah dan apa itu cat shows melalui pemahaman dan pengalaman pakcu.
Salah satu poster cat show di Malaysia

Cat Show di Malaysia
Sejarah cat show kat Malaysia ni pakcu rasa bermula pada tahun 1971, di mana tertubuhnya Kelab Kucing Malaysia yang pertama iaitu Kelab Kucing Malaysia atau lebih dikenali sebagai MCC (Malaysia Cats Club). Antara objektif utama penubuhannya adalah menganjurkan Pertunjukan Kucing Antarabangsa / Nasional, Pameran Kucing dan Cat Fun Shows. Selepas dari penubuhan itu, maka terdapat jugak beberapa kelab kucing ysng ditubuhkan dengan matlamat yang hampir sama dan juga menganjurkan aktiviti yang hampir serupa. Cuma teknik dan cara penganjurannya yang agak berbeza. Penganjurannya selalunya dilakukan di kompleks membeli belah utama dan kadangkala di dewan-dewan atau exhibition hall.

Pertunjukan Kucing Antarabangsa / International Cat Show
Dari tahun 1971 sehinggalah sekarang, tak kurang dari 100 International Cat Show telah dianjurkan di Malaysia. Antara penganjur yang utama ialah Malaysia Cats Club (MCC)dan Feline Society of Malaysia (FSM) dan beberapa kelab lain.

Ciri-ciri International Cat Shows ini ialah :-
1. Pengadil adalah didatangkan khas dari luar negeri dan berdaftar dengan Badan Kucing Sedunia contohnya Fife atau CFA atau TICA.
2. Mempertunjukkan kucing-kucing baka baik (pedigree), iaitu kucing-kucing yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Fife, CFA atau TICA.
3. Memberi pengiktirafan dan mata (yang layak) kepada kucing-kucing pedigree yang bertanding.

Selepas beberapa tahun, penyertaan juga dibuka kepada kucing-kucing tempatan dan kacukan. Kucing-kucing ini dipertandingkan dibawah kategori khas, khusus untuk kucing yang tidak berdaftar dengan Fife, CFA atau TICA, dan dipertandingkan dalam kategori Domestic Cats / Household Pets / Non Pedigree.

Pemarkahan
Secara umumnya, pemarkahan terbahagi kepada dua cara iaitu bagi kategori pedigree dan non pedigree.
Pedigree :-
1. Ketepatan pedigree character
2. Ketepatan saiz dan pembesaran
3. Kecantikan
4. Kebersihan
5. Temperament (Kejinakan)

Non pedigree :-
1. Kecantikan
2. Kebersihan dan Kesihatan
3. Keunikan
4. Temperament (Kejinakan)


Cat Fun Shows
Bagi Cat Fun Shows, ianya lebih kepada pertandingan berbentuk hiburan, dan anugerah yang diberikan juga tidak lah tertakluk kepada pemarkahan yang ketat. Pengadil juga tidak 100% dari luar negeri. Walaubagaimana pun, terdapat juga syarat-syarat untuk menyertainya.
Pameran Kucing / Cats Exhibitions
Bagi yang ini, kucing-kucing di sini hanya untuk tujuan pameran sahaja. Tiada pengadilan dan tiada pemenang.

Kadangkala, penganjur pertandingan akan mengadakan aktiviti sampingan pada hari pertunjukan kucing ini. Antaranya ialah pertandingan menghias sangkar kucing, pertandingan cat fancy dress, taklimat kesihatan kucing dan sebagainya.

Secara umumnya, semua kucing yang sihat, tidak cacat anggota, bersih dan lengkap rekod perubatannya, layak menyertai International Cat Shows walaupun kucing anda kucing kampong sahaja. Pakcu banyak kali juga bawak kucing kampong bertanding dan Alhamdulilah, telah menang beberapa anugerah.


Sebenarnya, terlampau banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh ditimba dari menyertai Cat Shows ini. So, pakcu nak galakkan lah semua untuk menyertai cat shows ini. Cubalah berjinak-jinak dengan beberapa kelab kucing di Malaysia ini, dan mereka semua akan memberitahu anda secara detail tentang apa itu Cat Shows, kelayakan dan bila akan diadakan Cat Show ini. Kepada semua pakcu ucapkan Selamat Berjaya!

Sunday, February 21, 2010

When Cats Have Senior Moments


Seems nine lives just aren't enough because cats, like people, are now living longer. Some kitties, especially indoor ones, can live well into their twenties. However, with a longer lifespan comes a greater risk of age-related conditions like vision loss, hearing loss, arthritis, kidney disease, and mental decline, which is known as Cognitive Dysfunction Syndrome (CDS).
Although not inevitable, nearly half of all cats over 15 years of age suffer from at least one of the following behavior problems that are common to CDS:

Seems all mixed up. Cats with CDS may appear lost or dazed, pace aimlessly, sit for long periods facing a corner or wall, or get stuck in tight places.
Acts aloof. Although cats naturally become less interactive as they age, elderly cats with CDS may want way less -- or way more -- attention than usual. Some CDS kitties may no longer recognize family members.
Cries out loud. Noisy, incessant meowing, often at night.
Loses track of the potty. Some kitties with CDS may forget where the litter box is.
Takes nonstop siestas. Older cats may sleep longer, but CDS cats may sleep way more, or they may sleep more during the day and become restless at night.
Can CDS Be Prevented or Treated?

Research is pretty sparse, but one unpublished study suggests that supplementing a cat's diet with antioxidants may reduce cognitive impairment and that keeping kitty mentally and physically active may improve brain function or stymie decline in the first place. Although not approved for use in cats, certain "off label" drugs may improve symptoms of CDS, according to a small study. Talk to your vet about prevention, management, and treatment.

Feline Herpesvirus


Is your cat sneezing or suffering from a runny nose and weepy, swollen eyes? Feline herpesvirus (FHV-1) may be to blame.
Also called rhinotracheitis, it's one of the most common upper respiratory viruses in cats. It cannot be cured, but it can be treated. After the initial infection, the virus lays dormant in the nerves of the face, and flare-ups may or may not occur, depending on the strength of a cat's immune system and other environmental stressors.

How the Virus Is Spread
Of infected cats, about 80% become lifetime carriers of FHV-1. Of those, 30% can pass the virus to other cats -- not humans or other animals -- even when symptom-free; it is spread via sneezing, mutual grooming, and contaminated food and water bowls.

Diagnosis
Unfortunately, tests for FHV-1 aren't always reliable. But the virus is so common that many vets suspect it first as the culprit behind most upper respiratory infections.

Treatment
Because FHV-1 can't be cured, treatment is aimed at eliminating nasal congestion, poor appetite, eye pain, and eye damage that might impair vision. Reduce stress by keeping your cat indoors in a warm, quiet environment. Also, bolster your cat's immune system -- during and after infection -- to reduce the chances of flare-ups. A healthy diet and plenty of exercise can help with this. Ask your veterinarian about the following treatments, including potential side effects:

Antivirals (some may be toxic at high doses)
Antibiotics (for secondary bacterial infections only)
Steam treatment (vaporizer)
Nonmedicated saline nasal drops
Over-the-counter decongestant drops
Appetite stimulants
L-lysine (amino acid that may promote recovery and reduce outbreaks)
Vaccination (can't prevent, but may minimize infection)
Enterococcus faecium SF68 (probiotic that may offer immunity-enhancing benefits, according to preliminary research)