Pakcu mula menyertai Cat Show dari tahun 2006. Masa tu Pakcu baru ada dua ekor kucing dan nama kucing Pakcu Alfio dan Raldo. Dua-duanye kucing mix longhair. Mulanya rasa malu jugak nak masuk Cat Show tapi atas desakan rakan baik, Pakcu daftarkan lah sekali dengan dua ekor lagi kucing anak buah Pakcu iaitu Rocky dan Angelie. Semuanya kucing kacuk and long hair.
Alfio - 1st Domestic Neuter Longhair. Tapi sekarang Alfio dah ada owner lain, pakcu terpaksa bagi kat orang sebab Alfio moody sangat and protest mogok tak mau makan minum bila pakcu tambah kucing lain... sayu gak rasanya...
Show pertama pakcu adalah anjuran Malaysia Cats Club di Maju Junction Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL pada 27 August 2006. Disebabkan ini pertama kali pakcu masuk Cat Show, grooming last pakcu buat di kedai rakan pakcu. Dari situlah pakcu belajar teknik grooming yang betul dan cara-cara menyediakan kucing untuk Cat Show.
Keesokannya, pagi-pagi lagi dah sampai di Maju Junction. Pakcu tengok, wah! Banyaknyer kucing dan lawa-lawa lagi. Dalam hati, hmm tak der harapanlah, tapi tak pa, show bukan nak menang tapi nak belajar and cari pengalaman.

So dari show pertama ni lah baru pakcu tahu kategori kucing yang bertanding, jenis-jenis kucing dan pengadilan kucing di jalankan. Alfio dan Raldo diletakkan dalam kategori Domestic Neuter Longhair, Angelie dan Rocky dalam kategori K10 Longhair. Ada lebihkurang 100 ekor kucing yang bertanding dan dibahagikan kepada lebih kurang 15 kategori.

Keputusannya, Alhamdullah tanpa disangka-sangka, Alfio dapat 1st Place kategori nyer dan Rocky pun dapat 1st Place kategorinyer. So, selain dapat collect entry gift, dapat pulak hadiah sampingan untuk kucing yang menang. Seronok tak tau nak cakap, dan memang tak disangka langsung.
So, bermula lah Sejarah Penyertaan Pakcu dalam Cat Show di Malaysia…. Hehehe.

No comments:
Post a Comment