MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Friday, February 26, 2010

Pakcu dan Cat Show …MCC National Cat Show, 26 Nov 06, MAHA : Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show 2006 MAHA at Maeps, Serdang.

Show ini di anjurkan oleh MCC dengan kerjasama MAHA sempena expo MAHA. Expo MAHA ni berskala besar dan mendapat perhatian seluruh dunia, tapi Cat Show nye kecik jer, sebab ni first time MCC participate dalam show MAHA. So, show kali ni judge local dan show dinamakan MAHA National Cat Show.
Pakcu pun bawaklah empat ekor kucing yang sama dengan penambahan dua ekor lagi iaitu Argo dan Bluereen.
Tempat show sempit tapi orang ramai sungguh datang, jadi penganjurannya agak kelam kabut. Walaubagaimana pun, pujian harus diberikan kepada MCC atas daya usaha mereka menganjurkan show sebegini.

Keputusannya : Alhamdulilah...
Angelie : 1st Domestic Female Open Longhair, Best Domestic Longhair, Best Domestic. Menang besar lak dia kali ni, temperament bagus lak kali ni.. hehe.
Raldo : 1st Domestic Male Open Longhair, 1st Domestic Neuter Longhair. Disebabkan ni show National, kucing neuter jantan pun boleh bertanding dalam Male Open. Dah rezeki Raldo kut..hehe.
Alfio : 2nd Domestic Neuter Longhair. Time show kali ni dia dah pandai moody, susah nak pegang...hmm.

Rocky, Argo and Bluereen tak der menang apa kali ni... menang sorak and experience jer la... hehe.

No comments:

Post a Comment