MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Tuesday, February 23, 2010

Menyertai Cat Show


Menyertai Cat Show

Ok, kepada semua yang berminat nak menyertai Cat Show, syabas Pakcu ucapkan. Sebenarnya, banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai semua aspek kucing boleh didapati dari satu hari menyertai cat show. Lagi kerap menyertai Cat Show, lagi banyak pengetahuan yang anda akan dapat. Menyertai Cat Show ini sangat enjoy, sebab dapat ramai kawan, dapat banyak ilmu, dapat tengok banyak kucing-kucing comel dan pelik-pelik, dapat collect entry gift, dapat tengok banyak ragam kucing dan telatah pengunjung. Ini lah yang penting, dan kalau ada menang, anggaplah itu sebagai bonus atas usaha penat lelah anda menyediakan kucing anda, tetapi janganlah ini dijadikan motif utama anda menyertai Cat Show. Yang terpenting ialah menimba ilmu dan pengalaman, selebihnya anggaplah sebagai bonus.

Kalau Tanya pakcu, tujuan utama pakcu menyertai Cat Show adalah untuk jumpa kawan-kawan , berkongsi ilmu dan pengalaman and collect entry gift je… Hehe. Alhamdulilah, dalam banyak-banyak penyertaan itu, ada jugak yang menang. So semua itu Pakcu anggap sebagai bonus ler….

Ok, di sini pakcu nak beritahu sikit lah pasal Stigma Menyertai Cat Show. Ini yang Pakcu tengok dan rasa.

1. Malu… kucing saya kucing kampong aje..
Hmm… pakcu dulu macam tu jugak. Kemudian pakcu duk tengok show lepas tu, ada gak kucing kampong, so pakcu berani-beranikanlah mencuba. Rupa-rupanya, pengadil banyak suka kucing kampong, sebab kucing kampong kita pun tak kurang cantiknya. Walaupun kebanyakan kali, kucing kampong pakcu tak ada yang menang pun, tapi pakcu happy sebab dapat tunjukkan pada pengadil dan orang ramai, bahawa kucing kampong pun ada kelas tersendiri… hehe.
2. Kucing saya tak ada sijil
Sekarang ni semua pertandingan kucing, membenarkan kucing yang tidak bersijil untuk menyertai Cat Show. Terdapat kategori khas untuk kucing-kucing tak bersijil/non pedigree ini.
3. Kucing saya tak lawa…
Sebenarnyer semua kucing lawa. Sepatutnya kita orang yang pertama mengatakan kucing kita lawa. Bila kita beranggapan macam tu, barulah kita akan jaga kucing kita dengan betul. Lagi pun, kesukaan pengadil dan orang ramai kita tak tahu.
4. Kucing saya kucing kacuk/mix…
Semua kucing adalah layak menyertai Cat Show, tak kiralah dia bulu panjang atau bulu pendek atau kacuk/mixed.

Ok, kesimpulannya semua kucing adalah layak menyertai Cat Show. Bagaimanapun, di bawah adalah kelayakan kucing untuk menyertai Cat Show :-
1. Berumur lebih tiga bulan
2. Lengkap dan up todate rekod vaksin dan kesihatannya
3. Sihat dan tidak cacat anggota
4. Bersih, tiada kutu atau sakit kulit
5. Jinak dan boleh dipegang
6. Setengah2 Cat Show mensyaratkan kucing berumur lebih 8 bulan (kucing tempatan dan tidak bersijil) diwajibkan kembiri, so pastikan lah kucing anda yang berumur lebih 8 bulan dikembirikan untuk menyertai Cat Show sebegini.

So, tak de la alasan untuk anda semua untuk tidak menyertai Cat Show, sekiranya anda berminat. Yang mustahak, penuhilah kelayakan yang dinyatakan dan Enjoy Cat Show tersebut. Bagaimanapun, pendaftaran untuk menyertai Cat Show dibuka 45 hari atau sebulan sebelum tarikh Cat Show tersebut dan ditutup selalunya dua minggu sebelum . Jadi, rajin-rajinlah bertanya kawan-kawan yang ada menyertai cat show atau tengok-tengok forum kucing di Malaysia ini.

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA

No comments:

Post a Comment