MY FIRST THREE MUSKETEERS

MY FIRST THREE MUSKETEERS
LOOKING AT YOU.....

Monday, February 22, 2010

Pertunjukan/Pertandingan Kucing .. Cats Shows

Salam dan Selamat Sejahtera semua...
Terimakasih semua kerana sudi melayari blog pakcu yang tak seberapa ini. Seperti yang dijanjikan, pakcu bukak pulak label ini khusus untuk semua yang nak tahu tentang cat show in Malaysia. Pakcu akan cubalah ceritakan serba sedikit tentang cat show ini, sejarahnya, kebaikan menyertai cat show, sejarah penyertaan pakcu selama menyertai cat shows dan sedikit tips yang perlu kepada sesesiapa yang berminat untuk menyertai cat shows. So pada kali ini pakcu nak ceritalah sikit tentang sejarah dan apa itu cat shows melalui pemahaman dan pengalaman pakcu.
Salah satu poster cat show di Malaysia

Cat Show di Malaysia
Sejarah cat show kat Malaysia ni pakcu rasa bermula pada tahun 1971, di mana tertubuhnya Kelab Kucing Malaysia yang pertama iaitu Kelab Kucing Malaysia atau lebih dikenali sebagai MCC (Malaysia Cats Club). Antara objektif utama penubuhannya adalah menganjurkan Pertunjukan Kucing Antarabangsa / Nasional, Pameran Kucing dan Cat Fun Shows. Selepas dari penubuhan itu, maka terdapat jugak beberapa kelab kucing ysng ditubuhkan dengan matlamat yang hampir sama dan juga menganjurkan aktiviti yang hampir serupa. Cuma teknik dan cara penganjurannya yang agak berbeza. Penganjurannya selalunya dilakukan di kompleks membeli belah utama dan kadangkala di dewan-dewan atau exhibition hall.

Pertunjukan Kucing Antarabangsa / International Cat Show
Dari tahun 1971 sehinggalah sekarang, tak kurang dari 100 International Cat Show telah dianjurkan di Malaysia. Antara penganjur yang utama ialah Malaysia Cats Club (MCC)dan Feline Society of Malaysia (FSM) dan beberapa kelab lain.

Ciri-ciri International Cat Shows ini ialah :-
1. Pengadil adalah didatangkan khas dari luar negeri dan berdaftar dengan Badan Kucing Sedunia contohnya Fife atau CFA atau TICA.
2. Mempertunjukkan kucing-kucing baka baik (pedigree), iaitu kucing-kucing yang berdaftar dan mempunyai sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Fife, CFA atau TICA.
3. Memberi pengiktirafan dan mata (yang layak) kepada kucing-kucing pedigree yang bertanding.

Selepas beberapa tahun, penyertaan juga dibuka kepada kucing-kucing tempatan dan kacukan. Kucing-kucing ini dipertandingkan dibawah kategori khas, khusus untuk kucing yang tidak berdaftar dengan Fife, CFA atau TICA, dan dipertandingkan dalam kategori Domestic Cats / Household Pets / Non Pedigree.

Pemarkahan
Secara umumnya, pemarkahan terbahagi kepada dua cara iaitu bagi kategori pedigree dan non pedigree.
Pedigree :-
1. Ketepatan pedigree character
2. Ketepatan saiz dan pembesaran
3. Kecantikan
4. Kebersihan
5. Temperament (Kejinakan)

Non pedigree :-
1. Kecantikan
2. Kebersihan dan Kesihatan
3. Keunikan
4. Temperament (Kejinakan)


Cat Fun Shows
Bagi Cat Fun Shows, ianya lebih kepada pertandingan berbentuk hiburan, dan anugerah yang diberikan juga tidak lah tertakluk kepada pemarkahan yang ketat. Pengadil juga tidak 100% dari luar negeri. Walaubagaimana pun, terdapat juga syarat-syarat untuk menyertainya.
Pameran Kucing / Cats Exhibitions
Bagi yang ini, kucing-kucing di sini hanya untuk tujuan pameran sahaja. Tiada pengadilan dan tiada pemenang.

Kadangkala, penganjur pertandingan akan mengadakan aktiviti sampingan pada hari pertunjukan kucing ini. Antaranya ialah pertandingan menghias sangkar kucing, pertandingan cat fancy dress, taklimat kesihatan kucing dan sebagainya.

Secara umumnya, semua kucing yang sihat, tidak cacat anggota, bersih dan lengkap rekod perubatannya, layak menyertai International Cat Shows walaupun kucing anda kucing kampong sahaja. Pakcu banyak kali juga bawak kucing kampong bertanding dan Alhamdulilah, telah menang beberapa anugerah.


Sebenarnya, terlampau banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh ditimba dari menyertai Cat Shows ini. So, pakcu nak galakkan lah semua untuk menyertai cat shows ini. Cubalah berjinak-jinak dengan beberapa kelab kucing di Malaysia ini, dan mereka semua akan memberitahu anda secara detail tentang apa itu Cat Shows, kelayakan dan bila akan diadakan Cat Show ini. Kepada semua pakcu ucapkan Selamat Berjaya!

4 comments:

  1. pakcu, macam mana nak dptkan sijil lahir untuk kucing yang lahir sendiri kat rumah?

    ReplyDelete
  2. Hi Ashue...
    hehe... kucing mana ada sijil beranak, tak kiralah dia lahir kat mana pun. Yang ada sijil tu, adalah kucing-kucing pedigree yang sijil lahirnya dikeluarkan oleh badan kucing sedunia seperti CFA, FIFE atau TICA. Kucing-kucing sebegini adalah kucing baka tulin dan tidak dikacuk dengan kucing mana-mana pun. Kalau kucing Ashue tu lahir kat rumah, bila dah cukup umur, bawak pergi vaksin, maka kad vaksin tu kira sijil lahir dia lah sebab ada tarikh dia lahir kat kad vaksin tu... hehe.

    ReplyDelete
  3. salam pakcu

    mcm ne nak atasi masalah keguguran bulu kucing parsi?

    ReplyDelete
  4. pakcu, camne nak buat sijil cfa or apalar ...

    ReplyDelete